Perbuatan Khianat: Kereta BMW, Rumah Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dibakar
PETALING JAYA: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat di kediamannya di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor Baru, awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku pada pukul 3.40 pagi itu turut mengakibatkan tingkat bawah rumahnya terbakar.
Dzulkefly yang dipetik Harakahdaily sebagai berkata, ketika kejadian beliau dan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.
"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.
"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.
Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.
"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya. -mstar
Polis dan unit forensik dari Balai Polis Impian Mas yang datang sejurus kemudian telah menemui satu tong di hadapan rumah mangsa yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.
Menurutnya, Dzulkefly sebelum ini banyak mendedahkan isu-isu panas di Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.
Comments
siamangbukit.blogspot.com
TK.