Tindakan Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hasan Syed Ali mendedahkan satu majlis kecil kelolaan BN yang juga memberikan angpow bersampul putih boleh menjadi signifikan kepada tahap mentaliti kepimpinan NGO tersebut yang cuba mengalih kesalahan sendiri kepada pihak lain. Rujuk MALAYSIAKINI (klik!)
Adakah tindakan PERKASA menghulur sampul putih yang membawa petanda tidak baik bagi kaum Cina di majlis kelolaan mereka tercetus ideanya dari tindakan yang sama di Seri Setia?
Solusi paling senang & bijaksana, Datuk Ibrahim Ali mewakili PERKASA meminta maaf secara terbuka ekoran kurang arif tentang sensitiviti kaum Cina... SETTLE! Bukan mengalih kesalahan kepada pihak lain yang tidak berkaitan.
Sejak tindakan pengecut PERKASA semasa BERSIH 2.0 , ditambah pula dengan tindakan & kenyataan kurang bijak Presiden & Setiausaha Agungnya gua sudah hilang keyakinan PERKASA mampu untuk memberikan impak positif dalam senario sosial & politik negara... Bubarkan saja PERKASA sebelum membawa fatamorgana lebih sadis dalam usaha PM DS Najib Razak menjana transformasi budaya 1MALAYSIA!
.
Comments