Apapun nada kenyataan SMM, samada sinis atau serius sebenarnya membayangkan kekecutan mereka terhadap gelombang kebangkitan ASPIRASI... Hampir seluruh perjalanan program ini mendapat respon positif dari masyarakat, membayangkan impak yang berat terpaksa mereka tanggung dari tindakan2 bodoh mahasiswa pro-anarki yang diterajui SMM.
Itu baru fasa pertama, program mahasiswa bertemu masyarakat... Belum lagi mahasiswa bertemu mahasiswa. Dalam fasa kedua nanti tentunya SMM akan menyesal mengarahkan balaci2nya berbaring di atas jalan dan memanjat pagar di malam buta, bila semakin ramai mahasiswa yang sedar ada kelompok majoriti yang lebih rasional pemikirannya dan akademis tindakannya...
Sekalung bravo untuk blogger2 UMB yang telah membuat litas langsung Kembara Aman Kampus sejak 9 Februari lalu... Walaupun kegawatan masa untuk melepas lelah dan tidur, walau kulit yang putih mulus semakin 'tinted' namun segala usaha dalam menjulang perjuangan ASPIRASI dirasakan puas & berbaloi.
.
GO ASPIRASI!!!
.
---------------------------------------------
'Jelajah pro-Aspirasi tak gugat SMM'
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata pihaknya "tidak berasa terancam dan tergugat" dengan kumpulan pro-Aspirasi yang menganjurkan program jelajah seluruh negara khususnya untuk membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang dianggap mereka suka berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara di kampus.
Sebaliknya Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab berpendapat tindakan tersebut adalah "satu persaingan demokrasi yang baik" bagi membolehkan rakyat menilai isu dengan matang dari siri jelajah kedua-dua pihak.
"Kita berpendirian negara kita, negara demokrasi. Mana-mana kumpulan boleh mengadakan jelajahnya dan boleh bertemu rakyat. Mereka boleh menyampaikan segala idea mereka.
"Bagi kita, ini satu perkembangan yang baik, apabila pro-Aspirasi sudah mula bergerak dengan baik. Sudah bertindak sebagai mahasiswa yang sebenar," katanya sinis.
Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Ahmad Syukri mendakwa sebelum ini kumpulan pro-kerajaan itu hanya "duduk dalam universiti, menurut kehendak dan melaksanakan perintah universiti".
SMM antara kumpulan mahasiswa yang dianggap anti-kerajaan banyak mengadakan program di seluruh negara, antaranya bagi menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Ahmad Syukri mengulas pengumuman Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang menganjurkan program jelajah ke seluruh negara bagi membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang dianggap suka berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara di kampus.
Presiden ASPIRASI Mohd Shahar Abdullah dilapor berkata, fasa pertama gerakan mereka yang dikenali "Aman Kampus" bermula dengan program turun bertemu masyarakat selama dua minggu bermula 6 Februari, yang kemudiaannya diikuti dengan jelajah kampus bermula 26 hingga 3 Mac depan.
Mengulas lanjut, Ahmad Syukri berkata, kumpulan itu sudah "menunjukkan ada perkembangan" dalam kumpulan Aspirasi sendiri yang disebabkan dari persaingan demokrasi sihat dalam kampus.
"Buat apapun jelajah, tetapi kita percaya rakyat matang dan mampu menilai isu dan apa yang disampaikan kepada mereka
"Apa yang dibuat oleh (kumpulan) Asiprasi dapat memangkin pengetahuan rakyat secara berterusan," katanya sambil menambah SMM tidak perlu berasa terancam dengan apa yang dilakukan oleh pro-Aspirasi. -MK
Comments
UMB hantar the best team! ;p