..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Ingatkan dah tak sabar nak 'berperang' rupa2nya Bapak Anwar Bin Ibrahim (BABI) cuba untuk mencari alasan jika mereka kalah lagi (malah mungkin lebih teruk dari PRU12) dalam PRU yang diura-urakan akan berlangsung tidak sampai 3 bulan saja lagi... Tak payah layan kelentongnya, hakikatnya dengan sistem yang lebih lemah 2008 lalu mereka berjaya tawan 5 negeri... Sekarang pelbagai usaha telah SPR tambahbaikkan demi perjalanan PRU yang lebih telus dan adil - Kecut unt berlawan & masih nak salahkan SPR???



PRU13 belum boleh diadakan, daftar pemilih tak bersih - Anwar

Pakatan Rakyat menuntut Pilihan Raya Umum (PRU13) tidak diadakan selagi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan senarai daftar pemilih.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata senarai pemilih berdaftar yang dimiliki SPR kini masih tidak telus dan PRU13 berdepan dengan kemungkinan untuk dimanipulasi kerajaan pemerintah.

"Ini tugas SPR untuk bersihkan, kita tak boleh benarkan SPR terus dengan menjamin pilihanraya bersih tapi meneruskan dengan manipulasi dan penipuan," kata Anwar, pada sidang akhbarnya di Parlimen, semalam.

Anwar berkata hasil semakan Pakatan Rakyat, masih terdapat pengundi yang didaftar dengan menggunakan kad pengenalan yang sama.

"Kita masih lagi melahirkan bantahan keras kerana SPR sampai sekarang belum dapat membersihkan senarai daftar pemilih. Pilihan raya dah dekat dan daftar pemilih belum dapat dibersihkan. Beberapa cadangan tidak diterima dan sekarang ini kita terpaksa dalam mesyuarat terpaksa mengemukakan senarai(dalam bentuk dokumen) untuk membuktikan bentuk penipuan. Dia (SPR) cuba memberikan alasan-alasan yang remeh."

Anwar turut mengemukakan dokumen senarai daftar pemilih selepas melakukan semakan dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang sama tetapi melibatkan nama dua individu yang berbeza.

Untuk rekod bagi tempoh Januari hingga Septemper lepas hampir 60,000 nama pengundi yang telah meninggal dunia dibersihkan dari senarai daftar pemilih di seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan disemak oleh SPR sendiri. -antarapos


.

0 das tembakan!:

 
Top