ANWARINAS JANGAN MEMANDAI-MANDAI... NIK AZIZ NAK LEMPANG DR. DZULKEFLY!!


KOTA BHARU - Pas tidak perlu meminda perlembagaan untuk membolehkan individu bukan Islam memimpin parti itu, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Pas sebagai parti yang berteraskan Islam tidak terikat dengan bangsa, malah bersedia menerima individu dari semua kaum untuk memimpin parti itu dengan syarat mereka mempunyai iman.

“Asalkan mereka beriman, boleh memimpin Pas, tidak kira bangsa apa pun, Islam untuk semua,” katanya ketika ditemui selepas menyampai kuliah khas sempena Tahun Melawat Kelantan di Dataran Ilmu di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Zulkefly Ahmad (kanan) bahawa Pas bersedia menerima bukan Islam sebagai timbalan presiden parti sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan Ikwanul Muslimin dari Mesir.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan cadangan untuk membenarkan bukan Islam memimpin parti itu tidak betul kerana Pas sendiri dilahirkan untuk perjuangkan Islam.

“Bangsa ini sama sahaja, Melayu, Cina Arab, tetapi kalau bukan Islam macam nak pimpin Islam, Begitu juga adakah boleh orang komunis nak pimpin demokrasi, apalagi Islam yang jauh lagi besar, campur dunia dan akhirat,”katanya.

Dalam pada itu ditanya kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan Pas melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai pemimpinnya, Nik Aziz berkata “Itu bukan orang politik, tidak sepatutnya bercakap macam itu.” -SH
.

Comments

Anonymous said…
Pas dilahirkan untuk memperjuangkan agama Islam...
kata Moshe nik ajis...

Yg aku nampak plak Pas ni
memperjuangkan apa yg diminta oleh kafir keparat...

jgn mempersendakan agama suci Islam...

pejuang hamas...