..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) membuat kenyataan di twitternya bahawa FILEM 'BUNOHAN' BERADA DALAM GENRE YANG BERBEZA DENGAN FILEM 'HANTU BONCENG'... tiba2 pengarah 'Hantu Bonceng', Ahmad Idham sentap tak pasal2 kenapa?? 'Bunohan' sebuah filem genre AKSI yang diadaptasikan dari sebuah kisah benar manakala 'Hantu Bonceng' adalah sebuah filem bergenre KOMEDI SERAM... itu saja faktanya!


Ahmad Idham tak perlu jadi terlalu sensitif jika yakin filem2 karyanya adalah yang terbaik dan punya peminat yang tersendiri... Syabas juga kepada KJ kerana mengambil tahu tentang perkembangan filem tempatan.


Di bawah ini petikan dari portal hiburan ROTIKAYA:

Ahmad Idham Lahir Perasaan Kurang Senang Akan Kenyataan Khairy Jamaluddin Di Twitter

Well, orang orang tua selalu pesan kalau terlajak kata boleh di’undur, terlajak tweet memang menjadi perhatian wartawan jawab’nya.

Selesai tayangan perdana filem Bunohan minggu lalu, ahli politik bergelar Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin memberikan pandangan ikhlas beliau melalui Twitter.

Ayat kurang 140 karakter itu turut menyebut yang Bunohan pasti’nya bukan filem yang jatuh dalam genre sama seperti filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham.

Dalam pertemuan kami bersama Ahmad Idham baru baru ini, beliau menyuarakan perasaan kurang senang akan kenyataan yang lahir dari ahli politik yang beliau pandang tinggi itu.


“Saya sebenarnya tergamam apabila dia (Khairy Jamaluddin) membandingkan filem arahan saya itu dengan Bunohan — seolah olah memperlekehkan Hantu Bonceng dan tenaga kerja juga mereka yang meminati filem ini,” ujar Ahmad Idham yang kini sibuk dengan persiapan teater Gerimis Mengundang.

“Kalau kenyataan itu keluar dari orang kebanyakkan, saya tiada masalah tetapi ini keluar dari seorang pemimpin — adakah penilaian saya selama ini terhadap beliau salah — dan kenyataan sebegini boleh melagakan saya dengan produksi filem Bunohan,” tambah beliau lagi.

Ahmad Idham berkata lagi yang beliau harus ke’hadapan dalam isu ini untuk memberikan fakta sebenar kepada Khairy Jamaluddin yang tidak semua rakyat Malaysia mempunyai selera sama seperti beliau.

Dan, kami sebenarnya kagum dengan penglibatan Khairy Jamaluddin dalam memerhati suasana filem tempatan dan tidak ketinggalan untuk menonton filem Hantu Bonceng sebagai satu sokongan. Heh. -rotikaya

0 das tembakan!:

 
Top