FITNAH MAJLIS PERTUNANGAN - BEO BUKAN BUKTI, MANA RESIT PEMBAYARAN?? @RafiziRamli @NajibRazak @PMOMalaysia
Rafizi Ramli tercungap dalam video di bawah memberi kenyataan kononnya penyalahgunaan duit rakyat oleh Perdana Menteri, dalam majlis pertunangan anak beliau. Apa yang lucunya, Rafizi hanya mampu mengemukakan bukti dalam bentuk BEO, bukan RESIT PEMBAYARAN - yang lebih jelas boleh digunapakai sebagai bahan bukti jika benar berlaku penyalahgunaan wang dari PMO.
Banquet Event Order (BEO) tidak boleh dikelaskan sebagai bahan bukti kerana jumlah dalam notis tersebut boleh saja dibatalkan atau diubah kerana majlis belum lagi bermula. Sepatutnya Rafizi mengemukakan RESIT PEMBAYARAN jika dia benar2 mahu membongkar sebarang penyalahgunaan wang.
Kenapa 'wanita misteri' kakitangan Shangri La hotel hanya memberikan BEO kepada Rafizi tetapi bukan RESIT PEMBAYARAN... adakah dia ingin mempermainkan Rafizi yang mungkin telah berhabis banyak wang rasuah untuk membawa keluar BEO yang dianggap P&C itu ke tangannya?
Mudah sekali Rafizi diperbodohkan dengan bahan yang tidak boleh dijadikan sebagai bukti kukuh dan senang saja dimanipulasikan menggunakan perisian komputer.
Untuk pengetahuan, sosok wanita tersebut tidak akan menjadi sebarang misteri lagi bila identitinya akan didedahkan nanti (Tunggu masa yang sesuai). Jikapun siasatan ke atas wanita tersebut belum tentu dapat merungkai segala persoalan, mungkin tindakan sebegini akan menjadi pengajaran kepada mana2 kakitangan awam atau swasta supaya mereka faham etika & tahap kerahsiaan di dalam sebarang urusan atau perniagaan.
Melalui RESIT PEMBAYARAN barulah boleh dijelaskan jumlah sebenar yang dibelanjakan oleh PM untuk majlis pertunangan anak beliau. Juga boleh menjelaskan siapakah sebenarnya yang membuat pembayaran tersebut, Pejabat Perdana Menteri atau (wakil) Perdana Menteri sendiri.
Gua harap PM tak perlu melayan tuntutan Rafizi kerana tindakan tersebut akan merendahtarafkan PM seperti balaci Anwar yang seorang ini. Biarlah dia berhabis masa & wang untuk mengorek RESIT PEMBAYARAN pula sebab mereka ini memang terlebih masa lapang, takde kerja yang lebih penting untuk disumbangkan kepada rakyat jelata.
Nyata sekali Rafizi selaku Pengarah Strategi PKR ketulahan lagi strateginya bila gagal mendapatkan RESIT PEMBAYARAN bagi membuktikan semua pendedahannya adalah benar, bukan wayang spekulasi menggunakan salinan BEO yang yang hanya boleh dipercayai oleh sibangang2 dalam PKR/ Pakatan Rakyat!
baca juga mengenai hal ini di
.
Comments