GEMPAK @BNYOUTHMUSIC!! MELONJAKKAN ADRENALIN KE TAHAP MAKSIMA!! @JamawiJaafar @KhairyKj @NajibRazak

Gua tiba di perkarangan ruang legar The Curve Mutiara Damansara agak lewat kerana terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Hampa bila terlepas semi-final kategori vokal berkumpulan... Tapi setibanya gua di sana disambut persembahan bertenaga dari band TonaWarna dari Ipoh membuatkan penat & tension gua beransur reda.

Persembahan dalam cuaca hujan renyai tidak menyurutkan ratusan crowd yang hadir. Kebanyakan band yang beraksi dalam pelbagai genre muzik mempamerkan bakat & kreativiti luar dugaan...

Gua cukup teruja selepas lama tidak menyaksikan persembahan band2 indie tempatan bila lama meminggirkan diri dari arena muzik.

Apapun, gua salut abis untuk kategori band walaupun ada 1-2 band yang seperti gugup beraksi & tidak membuat persiapan rapi.

Cuma sebelah malamnya, kategori solo agak membosankan bila kebanyakan peserta memainkan lagu melankolik & cengeng diiringi minus-one ala2 Bintang RTM & Akademi Fantasia.

Gua sarankan untuk program ini di masa2 hadapan, BN Youth mengenegahkan peserta yang mampu bermain sekurang2 satu alat muzik dan boleh mencipta lagu mereka sendiri... beri ruang unt mengengahkan bintang2 YOUTUBE yang makin mencanak.

Kerana golongan seperti ini yang benar2 punya passion unt menjadi seniman, bukan yg berangan menjadi selebriti unt bergambar di majalah hiburan tepi kolam renang & hanyut dengan gossip2 liar!

Tatap dulu foto2 rakaman dari blackberi gua & nantikan video persembahan separuh akhir BN Youth Music di blog 1Peluru esok pagi.

Jangan lupa jam 3.30 petang esok untuk menyaksikan final BN Youth Music di The Curve Damansara dengan kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Razak untuk menyelami rentak jiwa anak muda!

-update via blackberry-

Comments