KILANG PHOTOVOLTAICS DI PULAU PINANG LEBIH BERBAHAYA DARI #LYNAS... LIM GUAN ENG BUAT BODO!!


Penduduk Pulau Pinang harus berwaspada terhadap risiko kesihatan besar yang mungkin terjadi dikawasan berhampiran mereka. Loji pengeluaran panel solar bernilai RM2.2bil telah mendapat kelulusan untuk lebih awal oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang,walaupun telah mengetahui bahawa loji yang serupa di China terpaksa ditutup tidak tidak berapa lama dahulu kerana risiko kesihatan.

Pembuatan Photovoltaics telah diketahui mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan manusia,ianya terbukti di terbukti di Wilayah Zhejiang dimana sisa buangan dari sebuah loji pengeluar sel solar telah menghapuskan industri perikanan tempatan

Ancaman yang serupa kini bakal dihadapi oleh penduduk di Batu Kawan Pulau Pinang di mana sebuah loji yang sama sedang dibina di Batu Kawan. Nasib mereka kini terletak di tangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menghentikan penubuhan loji.

Pembinaan loji dijadualkan bermula akhir tahun lepas dengan proses pengeluaran bermula akhir tahun 2013.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang vokal dalam memastikan loji nadir bumi Lynas di Gebeng ditutup, gagal untuk melihat kepentingan dan risiko kesihatan yang bakal dihadapi oleh rakyat pulau Pinang dengan penubuhan loji panel solar tersebut

Mungkin Guan Eng mengalami buta sementara ataupun menghidapi selective criticism syndrome sehingga mengizinkan loji panel solar yang mempunyai risiko yang tinggi dibina di Pulau Pinang.

Beliau sebenarnya tidak risau dengan penduduk Pulau Pinang kerana kemungkinan DAP akan kalah di PRU13 dan beliau akan kembali ke Melaka untuk hidup dikawasan yang sihat,dengan duit yang diperolehi dari Robert Bosch melalui penjualan tapak seluas 80 ekar.

Bagi mereka yang tidak tahu bahaya photovoltaic, di bawah adalah beberapa penemuan saintifik tentang bahaya

Photovoltaic melibatkan penukaran cahaya matahari ke elektrik arus terus (DC) melalui penggunaan lapisan nipis dikenali sebagai semikonduktor.

Tenaga solar tidak mencemarkan alam sekitar apabila mereka menjana tenaga elektrik namun proses penghasilan dan penyimpanan bahan sisa melibatkan bahan kimia yang berbahaya dan toksik.

Bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan dari proses pembuatan yang termasuk

1. Plumbum( lead) sangat toksik kepada sistem saraf, sistem endokrin, sistem kardiovaskular, dan buah pinggang.

2. Brominated Diphenylethers (PBDEs) bahan toksik dan karsinogenik, menganggu sistem endokrin.

3. Kadmium (cadmium) sangat toksik,mengganggu buah pinggang, hati, tulang, dan kerosakan darah akibat pemakanan dan kanser paru-paru daripada penyedutan. Kesan kesihatan akut daripada penyedutan Kadmium termasuk pneumonitis, edema pulmonari dan kematian.

4. SulphurHexafluoride digunakan untuk membersihkan reaktor serta dalam pengeluaran silikon , berpotensi menyebabkan gangguan gas rumah hijau ( greenhouse gas )

5. Arsenic meningkatkan risiko kanser.

6. Silikon menyedut habuk silikon boleh menyebabkan kesan yang merbahaya kepada sistem pernafasan dan boleh menyebabkan silikosis, yang parut yang terbentuk pada tisu paru-paru dan mengganggu pengangkutan oksigen.

Bahan-bahan ini adalah tidak merbahaya jika disimpan secara selamat dan tidak bocor ke alam sekitar namun jika tidak dikendalikan secara baik, ianya sangat berbahaya kepada kesihatan

Persoalan :

1. Ketua Menteri Pulau Pinang Guan Eng harus menjelaskan kepada penduduk Pulau Pinang pada kenapa beliau membenarkan logi tersebut dibina di Pulau Pinang walaupun menyedari bahawa ianya menimbulkan risiko kesihatan yang besar kepada rakyat.

2. Beliau juga harus menjelaskan jumlah bayaran yang diterima dari Robert Bosch untuk projek loji solar ini,serta harga penjualan tanah seluar 80 ekar kepada syarikat tersebut.

3. Apakah Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar yang dijalankan sebelum kelulusan itu diberikan kepada Robert Bosch untuk membina loji tersebut?

dipetik dari blog PRINCE OF PILAH


.

Comments