MAHFUZ DAH KETAQ LUTUT TAKUT DISAMAN KBS!!

KBS Perlu Beri Penjelasan Dahulu Jika Mahu Saman – Mahfuz Omar

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta agar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi penjelasan sama ada benar wujudnya unit yang dinamakan ‘cawangan strategi unit saraf’ terlebih dahulu sebelum mahu mengambil sebarang tindakan saman terhadap beliau.

Bagaimanapun beliau berkata, terpulanglah kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pihak kementerian sekiranya mahu mengambil tindakan undang-undang.

“Saya hanya tunggu dan lihat apakah tindakan (KBS) seterusnya. Itu hak dia. Saya juga akan bertindak selepas itu.

“Kenapa dia (Shabery) perlu melatah? Saya hanya meminta penjelasan. Apa yang kita cakap sekarang ini (dakwaan) melibatkan isu rakyat.

“Kalau dia nak saman seperti (Datuk Dr) Hasan Ali, biarkanlah. Beri penjelasan sahaja, tak perlu menjawab seperti orang terkena ‘histeria’,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas apakah tindakan yang akan dibuat sekiranya beliau disaman oleh KBS.

Shabery dilaporkan media pada Selasa sebagai berkata, KBS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahfuz, sekiranya naib presiden PAS itu masih terus melakukan dakwaan yang tidak berasas terhadap kementerian itu.

Beberapa akhbar pada Khamis lalu memetik Mahfuz sebagai berkata bahawa bekas exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali telah ditaja oleh satu unit di dalam KBS yang dinamakan 'cawangan strategi urat saraf' kerana ia tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Beliau mendakwa KBS akan menaja lebih 2,000 program ceramah siri jelajah presiden Jalur Tiga (Jati) itu.

Mahfuz juga mendakwa, kos bagi 2,000 siri jelajah itu berjumlah kira-kira RM30 juta.

“Saya tunggu sahaja dia jelaskan di Parlimen nanti. Biarkan dia jelaskan secara baik tanpa perlu melatah atau ‘histeria’ lagi,” katanya.

Sidang Parlimen dijadualkan bermula 12 Mac ini.

Dr Hasan Ali juga pada Sabtu lalu menegaskan yang beliau akan menyaman Mahfuz berikutan dakwaan KBS menaja lebih 2,000 program ceramahnya itu.

Mahfuz bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada Dr Hasan kerana beliau tidak menuduh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu namun sebaliknya mahu KBS memberi penjelasan berhubung dakwaannya.

Comments

pukimaq said…
Cakap je tak cukup.Buktinya mana.Sayangku ada Anwarinas dalam PAS tu buktinya homo cun ni.