SHAHRIZAT DAH BERUNDUR... NIK AZIZ, NGA KOR MENG BILA LAGI??

Sama seperti kes Nik Aziz-Ariffahmi dan Nga Kor Meng-Isteri kedua2 mereka menghadapi situasi yang hampir sama dengan kes DS Shahrizat Ab Jalil-NFC... LEGALLY RIGHT BUT MORALLY WRONG! Cuma akhirnya DS Shahrizat mengambil keputusan lebih berani dengan mengumumkan perletakan jawatannya demi kepentingan & maruah parti. Nik Aziz & Nga Kor Meng nampaknya terus menafikan walau terdapat bukti2 sahih dan membuktikan parti mereka PAS/DAP sememangnya tidak bermaruah!

Perlu dicontohi pemimpin pembangkang

KUALA LUMPUR 11 Mac - Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu dicontohi pemimpin pembangkang yang terpalit dengan dakwaan skandal, rasuah dan seks.

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, keputusan yang dibuat oleh Shahrizat amat disanjung tinggi.

"Inilah pemimpin cakap serupa bikin, siasatan berkaitan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) masih lagi dijalankan, namun sanggup melepaskan jawatan.

"Tidak seperti pemimpin pembangkang yang mengutuk secara habis-habisan, apabila kena batang hidung sendiri dan berdiam diri serta menghalalkan apa yang dilakukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, langkah Shahrizat lebih bermaruah dan berani daripada pemimpin pembangkang yang tidak malu untuk terus memegang jawatan meski pun berdepan dengan pelbagai kesalahan.

"Apa yang dilakukan Shahrizat ini membuktikan beliau tidak mahu membabitkan kerajaan dalam kemelut NFC.

"Berbeza dengan pemimpin pembangkang tidak segan silu untuk memegang jawatan dalam parti," katanya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan Shahrizat itu adalah suatu pengorbanan yang wajar dihargai oleh semua pihak.

"Khidmatnya masih lagi diperlukan kerana kegigihan dan usaha beliau memimpin wanita sejak memegang jawatan itu," katanya. -UM

Comments

mama carrie said…
Sacrificial Cow....
ooops sorry!!! I mean Goat.

Ini mengikut firasat tok nujum yg PRU13 memerlukan darah pengorbanan.

Thats the way aha aha, thats the way aha aha.. I like it..

Utk kak Ijat, tabik spring untuk u.
Sayang u!