WOO-HOOO!! JOM SAKSIKAN BN YOUTH MUSIC HARI INI!! @JamawiJaafar @KhairyKj @BNYouthMusic


Penentuan juara pencarian bakat baru menerusi BN Youth Music 2011 kini tiba kemuncaknya apabila 60 peserta daripada seluruh negara dikumpulkan untuk bertarung merebut wang tunai berjumlah RM129,000 serta peluang rakaman lagu bersama syarikat Universal Music.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin berkata 25 peserta solo, 20 band dan 15 vokal berkumpulan bakal bertarung pada peringkat separuh akhir hari yang akan diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.

Menurut beliau daripada jumlah itu, 12 peserta yang akan mewakili setiap kategori akan layak ke peringkat akhir esok (Ahad) yang akan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Untuk peringkat separuh akhir hari ini, kategori vokal berkumpulan akan bermula jam 10.00 pagi, kategori band - 2.00 petang dan kategori solo pada jam 8.00 malam.

Berikut adalah antara peserta yang akan bertanding hari ini... Good luck, guys!! Jom kita serbu The Curve!!







.

Comments