..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Kita tahu Bob Kuman agak aktif terlibat dengan program2 anjuran PAS sebelum berita dirinya mengalami masalah kesihatan. Namun itu bukan penyebab untuk Pemuda UMNO dan persatuan SENIMAN meminggirkan permasalahan yang menimpa artis ini.

Hari Rabu lalu, Pemuda UMNO yang diwakili oleh Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian, Jamawi Jaafar telah mengunjungi Bob Kuman di kediamannya di Kota Damansara bagi bertanya khabar & menghulurkan sedikit bantuan. Jamawi turut diiringi oleh Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi yang turut menghulurkan sumbangan.

Menurut rakan lama Bob Kuman, Affa (penyanyi kumpulan rap popular 90'an - Nico) dia mengetahui tentang penderitaan yang melanda Bob sudah lama tapi menyimpan rahsia tersebut atas permintaan Bob sendiri. Selepas berita Bob tersebar meluas di internet bermula di blog Mazidulakmal, Affa memaklumkan kepada Jamawi & Zed Zaidi memohon bantuan seadanya bagi mengurangkan beban ditanggung oleh Bob Kuman.

Pemuda UMNO & SENIMAN (yang kita ketahui penyokong tegar UMNO) hadir tanpa sebarang niat politikal, tetapi ikhlas membantu supaya Bob Kuman segera sihat dan kembali menceriakan bidang seni tanahair.

Sama2 kita mendoakan agar Bob Kuman kembali sihat... Sesiapa yang ingin menyumbangkan derma bagi membantu kos rawatan Bob Kuman sila salurkan ke akaun Maybank 112371007047 (HUSNI MOHD RAWI)

1 das tembakan!:

semut api said... April 20, 2012 at 4:59 PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

SEMUTAPI52 memohon jasa baik dari pihak tuan utk menyenaraikan 2 laman kami ini http://pru13n9.blogspot.com/ dan http://semutapi52.blogspot.com/ di 'link blog' tuan agar info dari BLOG HEBAT ini dapat dikongsi bersama pengunjung blog tuan.

Kami telah pun "link" kan blog tuan di dlm blog kami dan kami akan mengambil beberapa artikel terbaik dari blog tuan menerusi kategori 'Dari Blog' selepas ini.

Sekian, Kerjasama dan info terbaik dari blog tuan amat SEMUTAPI52 Hargai dan Kagumi. Terima Kasih.
salam perjuangan.

 
Top