DEMNN -VIDEO 14 MINIT INI CUKUP UNT MENDEDAH KEGOBLOKAN @RAFIZIRAMLI MENGENAI #PTPTN!! BRAVO @KHAIRYKJ!!


gua cadangkan rafizi & khairy berdebat mengenai PTPTN...
ada berani ke rafizi?? ke dah tercirit sebelum bertarung??

.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang budiman sekelian, sesungguhnya sebagai salah seorang peminjam di bawah naungan Pebadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pastinya saya berasa amat gembira apabila bakal Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan akan memansuhkan semua hutang PTPTN.

Menurut kata bekas Menteri Kewangan Malaysia ini berdasarkan perkiraan pendapatan kerajaan yang berjumlah RM150 bilion setiap tahun, penasihat ekonomi Selangor ini menjangkakan bahawa kerajaan beliau akan mampu menghapuskan segala hutang PTPTN dalam masa tiga tahun sahaja.

Saya yang begitu terkesima dengan kehebatan asas penghujahan beliau nyaris-nyaris mengisi borang keahlian AIC (Anwar Ibrahim Club) kerana hati saya tergerak untuk menyokong orang yang bakal menghilangkan salah satu beban hutang saya.

Malah bukan itu sahaja, saya yakin sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri bukan sahaja hutang PTPTN, silap-silap hutang rumah, kereta tempatan yang dibeli di bawah harga RM100,000 dan hutang ansuran bayar bulan-bulan televisyen LCD 40 inci yang dibeli di Courts Mammoth pun boleh dilangsaikan kerajaan kerana menurut perkiraan perolehan kerajaan yang berjumlah RM888 bilion akibat dari kehebatan pentabiran Pakatan Rakyat yang bebas rasuah pastinya semua ini boleh menjadi kenyataan.

Namun, tatakala mata pena hampir-hampir mengisi nombor kad pengenalan pada borang AIC, tiba-tiba akal saya terdetik dengan perkataan “Bakal Perdana Menteri”, kerana kalau mengikut kata-kata orang yang baru sahaja berjanji untuk melunaskan hutang saya ini, beliau sepatutnya sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 16 September tahun 2008, sepatutnya kita sudah ada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat selama dua tahun setengah dengan tindakan demokratik beliau untuk membeli ahli parlimen Barisan Nasional dan melompat ke Pakatan Rakyat.

Bukan itu sahaja, kalau nak diikutkan orang yang sama ini juga pernah berjanji sekiranya rakan seperjuangan beliau yang seringkali digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah Pulau Pinang, penduduk Kampung Buah Pala akan hidup aman damai sentosa bergembira bermain layang-layang kerana kampung mereka tidak akan dirobohkan.

Almaklumlah takkan Khalifah Umar Abdul Aziz akan merobohkan kampung yang mana penduduknya merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat sewaktu musim pilihanraya tempoh hari.

Selaku penasihat ekonomi Selangor juga beliau telah berjaya untuk tidak menurunkan cukai pintu isi rumah dan juga cukai perniagaan sebanyak 10% dan 20% sebagaimana yang dijanjikan sewaktu musim pilihanraya.

Bukan itu sahaja, berdasarkan pengalaman beliau menguruskan ekonomi sewaktu menjadi Menteri Keuwangan, Malaysia yang bersetuju untuk berhutang dengan IMF beliau telah berjaya mengurus tadbir operasi perlombongan pasir di Selangor yang kini telah membuahkan lebih banyak hasil kepada para kontraktor dan syarikat swasta dan bukan kepada kerajaan negeri.

Antara Maya Karin dan takdir

Atas kebijaksanaan beliau membantu mengurus tadbir ekonomi Selangor juga, air percuma yang diberikan kepada setiap isi rumah kini mampu dinikmati oleh golongan berpendapatan rendah di kawasan rumah-rumah pangsapuri setelah mereka menunggu lebih tiga tahun lebih untuk mendapat air percuma, walaupun ada ura-ura menyatakan bahawa sistem ini kelam-kabut disegerakan kerana dijangkakan pilihanraya bakal diadakan namun itu semua adalah kebetulan semata-mata.

Wahai para pembaca yang budiman sekelian, sebelum saya memberi ulasan dengan lebih lanjut, izinkan saya untuk memberikan suatu senario untuk mengajak para pembaca sekelian untuk sama-sama berfikir.
Katakanlah pada suatu hari salah seorang rakan lelaki anda menyatakan kepada anda bahawa setelah menonton cerita Ombak Rindu, mungkin kerana terharu dengan kecekalan watak yang dimainkan oleh Maya Karin atau kerana dalam salah satu gambar “Facebook” beliau ada mirip dengan Aaron Aziz, kini beliau yakin untuk menjumpai isteri mithali dengan melanggar mana-mana perempuan yang sedang melintas jalan ataupun mencari cinta sejati di pusat kesihatan (SPA) dengan melanggan pegawai perhubungan pelanggan, adakah saudara yakin beliau akan berjaya?

Walaupun beliau memberikan hujah-hujah yang maha hebat seperti bukankah perempuan cantik yang pandai membaca Quran juga melintas jalan? Ataupun tiada apa yang mustahil sekiranya kita benar-benar percaya kepada takdir.

Memang benar, tiada apa yang mustahil, ada kemungkinan untuk anda berkahwin dengan perempuan cantik yang mempunyai bentuk badan seperti seorang model yang anda nyaris langgar sewaktu dia melintas jalan. Kalau dah jodoh tak lari kemana bukankah begitu? Tapi adakah anda yakin bahawa perkara itu akan berlaku? Adakah anda yakin bahawa rakan anda akan berjaya?

Pastinya kebanyakan anda akan berkata tidak, sesungguhnya seorang manusia normal tidak akan dengan mudahnya menerima suatu kesimpulan yang sebegitu cetek. Cuba lihat, berapa banyak rakan anda yang telah berkahwin menemui jodoh mereka melalui kecelakaan jalan raya, ataupun berapa ramai lelaki miang yang sering melanggan pelacur yang anda kenal kini telah insaf menjadi seorang lelaki yang beriman kerana ditarbiyyah oleh wanita yang dilanggan beliau?

Kerana kalau berpandukan asas logika, berpaksikan pengalaman terdahulu yang anda pernah alami, melihat dan terbukti bahawasanya biarlah petah mana sekalipun hujah yang diberikan, sesuatu itu tidak akan berlaku semata-mata dengan begitu sahaja tanpa asas yang kukuh, perlaksanaan yang realistik dan persiapan yang rapi.

Berdasarkan asas logika yang sama, adakah anda yakin ahli politik ini yang telah berkali-kali tidak berjaya mengotakan janjinya akan berjaya melunaskan hutang pinjaman pelajaran anda dan pada masa yang sama menurunkan harga minyak, menurunkan harga barang keperluan, meningkatkan lagi pelbagai subsidi dan menjalankan sistem kerajaan berkebajikan?

Kalau diikutkan asas penghujahan akal, sekiranya penasihat ekonomi Selangor ini benar-benar mempunyai pelan dan ikhlas dalam memberikan pendidikan percuma di pengajian tinggi, pastinya sejak dari empat tahun lepas UNISEL (Universiti Selangor) sebuah institut pengajian tinggi di bawah kelolaan kerajaan negeri Selangor telah memansuhkan segala macam yuran pelajaran bukan.

Pernah anda dengar UNISEL memberikan pendidikan percuma selama ini? Ataupun kerajaan negeri memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang menuntut di sana? Untuk menjadikan ini realiti beliau tidak perlu menjadi Perdana Menteri, saya yakin bahawa selaku penasihat ekonomi Selangor mimpi ini pasti mampu direalisasikan.

Yang saya pernah dengar pun hanyalah sekadar UNISEL melucutkan Rosmah Mansor dari menjadi Canselor, setakat itu sahajalah.

Terpulanglah kepada anda samaada untuk mempercayai atau yakini apa yang telah dijanjikan, kerana kalau nak diikutkan kepada mulut kata-kata ahli politik semata-mata dan tidak berpandukan kepada rekod pencapaian beliau barangkali beliau boleh dilakukan. Tetapi ingatlah wahai para pembaca sekelian, jangan kerana PTPTN habis kita kena PTPTIPU.

Zaidel Baharuddin (FMC)


.

Comments