DERMA KEPADA BUKAN AHLI PAS - TIDAK MASUK SYURGA...

Dipetik dari blog MAZIDULAKMAL: Mewakili Bob Kuman, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog ini dan rakan Facebook kerana sudi membantu insan dilanda musibah.

Baca kisah lengkap penderitaan artis itu, klik di sini.


Melalui pengalaman lalu, saya percaya, berikutan banyak transaksi berlaku, Maybank telah menyekat akaun Bob buat sementara waktu untuk tujuan keselamatan.

Saya telah menelefon Bob sebelum jam 12 tengah malam tadi dan dia akan menghubungi institusi kewangan terbabit awal pagi ini untuk memohon akaun terbabit diaktifkan kembali. Sebaik akaun itu aktif semula, saya akan memaklumkan kepada semua pembaca melalui blog ini.

Rakan saya, Razali bertindak menjawab pelbagai panggilan dan menjawab banyak soalan orang ramai berkata.

"Bro, orang tadi telefon dan bertanya, awak dari cawangan PAS mana?," ujarnya.

"Katakan kepada dia, kita bukan membantu orang berasaskan kepartian. Bob, kawan," balas saya. Kami berdua kemudian tersenyum.


.

Comments