..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Apapun alasannya, BERSIH tidak lebih dari sebuah retorik politik yang cukup dilangsaikan di arena domestik. Tidak kisah mereka mahu mempromosikan seantero dunia, tapi mencemar Tanah Suci Mekah dengan agenda keduniaan tidak lebih dari mengundang celaka untuk seluruh ummat. Kalau niat ke Mekah untuk beribadah, teruslah dengan niat suci tersebut... Semoga semua yang terpesong dalam foto di bawah selamat dari panahan petir bila tiba di Malaysia nanti~!!


Aktivis lancar BERSIH 3.0 di Mekah, Madinah


Sekumpulan aktivis hari ini melancarkan perhimpunan BERSIH 3.0 di dua kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah, dua hari sebelum perhimpunan yang dirancang untuk diadakan pada 28 April di Kuala Lumpur.


Lidah parti PAS Harakahdaily melaporkan, pelancaran di kota Mekah itu yang disertai kira-kira 20 orang rakyat Malaysia itu dibuat di hadapan satu premis perniagaan di hadapan Masjidil Haram.


Pelancaran di Madinah pula dibuat di perkarangan Masjid Nabawi disertai kira-kira 30 rakyat Malaysia berpakaian baju kuning dengan logo BERSIH 3.0.




Kumpulan aktivis berkenaan turut mempamerkan kain rentang perhimpunan berkenaan.


Dua kota berkenaan merupakan antara lebih 70 lokasi perhimpunan yang akan dijalankan serentak dengan perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur. -MK

.

1 das tembakan!:

Anonymous said... April 27, 2012 at 8:13 AM

lepas tu bila pembiayaan kena tarik marah, maki hamun orang, buat muka sedih..semua konspirasi bn..diri sendiri punya salah tak nak tengok...
sedar ke tak dorang yang kat tanah suci tu ambigang tu adalah salah seorang yang berkata "sekiranya pakatan mengambil laih putrajaya pakatan sepatutnya menutup sebelah mata kepada kesalahan rasuah yang keceil2 dan hanya menumpukan kepada kesalahan rasuah besar2an"

ini adalah pendirian ambigang yang menjadi pengerusi bersih. Dari segi logik akal, macam mana seseorang yang memperjuangkan kejujuran dan ketelusan boleh memberi pendapat macam ni?

itu belum lagi kalau kita tengok dari segi agama....

 
Top