KENAPA DS @NAJIBRAZAK TAK BERANI BERSUMPAH MACAM ANWAR IBRAHIM??


Mana-mana pemimpin Islam yang difitnah perlu mempertahankan diri dengan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan sekiranya benar mereka tidak bersalah demi menjaga kesucian agama.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, berdiam diri bukan cara terbaik jika tuduhan atau fitnah itu bersifat umum yang memerlukan satu penjelasan kukuh dibuat atau dengan cara bersumpah.

"Islam benci kepada fitnah dan tohmahan, jadi mereka yang difitnah perlu selesaikan dengan berkata-kata atau bersumpah untuk menyelesaikan perkara itu.

"Dalam hal dan keadaan tertentu, diam itu penting, tetapi jika membabitkan kepentingan umum, maka mereka tidak boleh berdiam diri bagi mengelak masyarakat bersangka buruk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. -UM





.

Comments