..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Sikap lambat memberi respons terhadap siri tuduhan dibuat pembangkang menjadi salah satu punca Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Umno memberitahu, malahan pembangkang juga telah 'menjenamakan' Umno dan BN sebagai sebuah parti yang korup dan mengamalkan kronisme sedangkan realitinya bukan begitu.

BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan lima kerajaan negeri pada PRU Mac 2008.

Justeru tegas beliau, BN tidak akan mengambil sikap sedemikian dalam menghadapi PRU13.

“Sebelum ini kita cuma mendiamkan diri dan hanya membiarkan pihak pembangkang membuat tuduhan-tuduhan yang tidak benar, memang itu kesilapan kitalah.

“Tetapi sejak beberapa tahun lalu, barisan kepimpinan telah bangkit untuk membaiki kesilapan ini dan mula menjelaskan kepada rakyat bahawa Umno, BN sebenarnya adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya,” kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian Online, semalam.

Malah kata beliau, mengatasi ‘musuh’ dalam parti sendiri berbanding ‘musuh’ di luar adalah cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh Umno ketika ini.

Katanya, masalah ini timbul apabila ahlinya yang tidak menjiwai perjuangan Umno sehingga ada yang kecewa dan tidak mempertahankan parti.

Sehubungan itu katanya, Umno telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau dan mengenal pasti individu berkenaan dan memastikan mereka tidak sabotaj ataupun mengkhianati parti.

“Kita telah melantik ejen-ejen di peringkat negeri untuk melaksanakan tugas tersebut,” katanya,

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, mereka yang didapati mengkhianati parti tidak akan diambil tindakan drastik seperti dipecat, sebaliknya diberi teguran ataupun amaran supaya menghentikan perbuatan itu.

“Kita bukan seperti PKR ataupun Pas yang mengambil tindakan melulu dan mengikut sesuka hati.

“Sebab itulah kita tubuhkan jawatankuasa ini kerana kita ingin mengambil langkah pencegahan daripada menghukum,” jelasnya. -SH

0 das tembakan!:

 
Top