..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Biarlah apa pemimpin pembangkang atau bos Bersih, Datuk S. Ambiga nak kata pasal Bersih 3.0 di ibu negara, pada Sabtu.

Biarlah apa portal pro pembangkang nak spin termasuk dakwa polis bertindak ganas termasuk tembak air dan gas pemedih mata untuk suraikan peserta demo yang seolah-olah kena rasuk apabila ada antaranya sanggup menyerang polis dan merosakkan kenderaan pihak berkuasa itu.

Namun hakikatnya yang berlaku depan mata wartawan Agendadaily serta wartawan lain malah peserta Bersih juga pihak polis, insiden merempuh sekatan polis di Dataran Merdeka mungkin berpunca dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau tiba dipersimpangan Jalan Raja dan Jalan Tunku Abdul Rahman dari Masjid Negara kira-kira jam 2.35 petang menaiki kenderaan pikup dipercayai milik seorang anggota unit amal PAS.

Bersama Anwar yang memakai baju kuning adalah Lim Kit Siang, Nurul Izah, Fauziah Salleh dan Cikgu Bard.

Hampir 20 minit Ketua Pembangkang itu berada di atas kenderaan itu sambil melambai-lambai tangan kepada perserta Bersih. Begitu juga Nurul Izah dan Fauziah.

Anwar juga menunjukkan isyarat meminta peserta Bersih 3.0 memberi laluan kepada kenderaan dinaikinya untuk membelok ke Jalan Tunku Abdul Rahman.

Sebaik sahaja kenderaan itu membelok, Anwar kelihatan seperti memberi isyarat tangan langgar kawalan polis ke Dataran Merdeka.


Pada ketika itu terdengar jeritann 'masuk...masuk' dan seorang lelaki India dipercayai pemimpin PKR dari Negeri Sembilan menolak pagar yang diletakkan polis selepas kawat berduri yang dijadikan pagar dirosakkan peserta Bersih.... 


SAMBUNG BACA DI SINI ----> KLIK!!

video - anwar mengarahkan beruk2 berSHIT merempuh polis!!


.

1 das tembakan!:

V said... April 29, 2012 at 8:59 PM

 JOM MENONTON ,BERNAMA TV TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv ,emastv,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie ,hbo movie,star plus,national geografi,net geo, discovery channel ,AXN BEYOND HD,Bloomberg Tv,Cinamax,dan banyak lagi  DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html  menonton secra percuma tak perlu daftar dan x perlu bayar
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,Terdapat juga pelbagai siaran radio dan tv dari pelbagai negara di sini live hanya untuk anda,terdapat juga pelbagai siaran telivisi dan radio online indonesia di sini..

 
Top