PENDERITAAN BOB KUMAN DAPAT PERHATIAN PEMUDA UMNO, SENIMAN @KhairyKj @JamawiJaafar @Zed_Zaidi










Kisah penderitaan pelakon Bob Kuman yang diserang komplikasi jantung selepas terjatuh di lokasi pengambaran mendapat perhatian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) dan Persatuan SENIMAN.

Pengerusi Biro Kebudayaan & Kesenian PPUM, Jamawi Jaafar dan wakil SENIMAN, Zed Zaidi tampil memberikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Bob Kuman.

Sebelumnya PPUM & SENIMAN menyelesaikan masalah tunggakan cukai pintu yg ditanggung oleh balu Allahyarham Nasir P.Ramlee di kediaman mereka di Setapak. Turut menyertai lawatan itu adalah penyanyi Adam AF, Affa & Dino dari kumpulan rap popular 90'an - Nico.

Nantikan video lawatan PPUM & SENiMAN di blog 1PELURU esok!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Brahim Nyior said…
Besarnya kuasa blog.. Ini bukti jelas menunjukkan hebahan di blog lebih telus dan menyeluruh..

Kepada Bob Lokman, moga sihat kembali. Ingatlah, kasih sayang sesama insan lebih penting ketika kita susah. Jangan labelkan rakan dan musuh hanya kerana pendirian politiknya..