AHLI PARLIMEN PR NYATAKAN SOKONGAN TERHADAP DEMO DEPAN RUMAH AMBIGA!!

MP Pakatan Rakyat mahukan penjelasan DBKL adakah mengadakan senaman & jual burger di depan rumah Ambiga salah? Jalan di hadapan rumah Ambiga adalah hak awam seperti juga Dataran Merdeka yang mereka berkhemah berhari2... Jika DBKL menyatakan tindakan itu tidak menyalahi undang2, pastinya kita boleh tengok demo yang lebih meriah di hadapan rumah Ambiga selepas ini... 


MP PR mungkin siap untuk turut demo di hadapan rumah Ambiga jika DBKL kata tindakan tersebut tidak salah... Hidop! Hidop!!


Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) pada Jumaat menghantar memorandum terbuka kepada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tan Sri Ahmad Ismail bagi memintanya menyatakan sama ada mengadakan senaman punggung dan membuka gerai burger di hadapan rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 adalah satu perbuatan yang melanggar peraturan- peraturan DBKL atau tidak.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata sekiranya tindakan tersebut adalah melanggar peraturan undang-undang berkata DBKL perlu segera mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab membuat kekacauan kerana ia menggangu ketenteraman awam Ambiga dan keluarganya.

"Sekiranya perbuatan tersebut adalah salah, apakah tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh DBKL," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum terbuka itu kepada pegawai khas Datuk Bandar DBKL, Md Aznan Md Zain di Menara DBKL Jalan Laut pada Jumaat. -mStar

Comments

Anonymous said…
So, kalo salah bolehlah dbkl amik tindakan kepada perusuh jalanan bersih 3.0 jugak...