"AKAN JADI PERCUMA!!" SPIN HAJI HADI TENTANG ISU KUIN!!

Senang sekali berjanji ala-ga-PAS untuk menutup sesebuah isu berkaitan kelemahan pentadbiran mereka. Dalam masa mereka turut lantang mendesak permansuhan PTPTN, yuran pengajian IPTS KUIN di bawah tadbir PAS Kedah terus dinaikkan kadarnya. 


"AKAN JADI PERCUMA" hampir sama nadanya dengan janji 30 tahun "AKAN MENUBUHKAN NEGARA ISLAM" yang akhirnya mereka terpaksa tunduk akur di tahap longkang menukar kepada NEGARA BERKEBAJIKAN demi menjaga hati rakan sebantal dalam Pakatan Rakyat.


PAS menafikan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sedang bergelut dengan masalah kewangan berdasarkan keputusan kerajaan negeri menaikkan kadar yuran pengajian yang didakwa membebankan pelajar-pelajar baru.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu kenaikan yuran itu tidak timbul dan ia hanya 'cakap-cakap kosong' beberapa pihak yang didakwa iri hati dengan pentadbiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Tidak timbul yuran akan naik. (Malah) akan jadi percuma. Kita sedang menuju ke arah itu. Bila kita lahirkan manusia yang berwibawa, tidak akan ada rasuah dan penipuan malah akan melahirkan ramai ilmuwan dan dengan sendirinya akan jadi percuma," kata beliau.

Azizan sebelum in mengesahkan akan menaikkan yuran pengajian kolej berkenaan namun tidak menyatakan jumlah kenaikan tersebut.

Namun menurut beliau ia hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar pada Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.

Isu kenaikan yuran itu dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mendakwa krisis kewangan KUIN itu turut menjejaskan pentadbiran kolej universiti berkenaan.

Comments