Ada kalangan penyokong BERSIH yang bersetuju dengan gerakan LGBT yang cuba dibawa oleh Irshad Manji ini? Satu lagi budaya songsang cuba dibawa masuk ke negara ini.
Irshad pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul “The Problem With Islam Today” yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel “The Satanic Verses”.
Jangan dilupa, Anwar Ibrahim juga pernah memuji penulis buku "The Satanic Verses" sebagai "profound writer" dalam majalah Asia Week, 11 November 1993.
Apakah kehadiran Irshad Manji kali ini adalah terdorong dengan kenyataan terbuka Anwar Ibrahim untuk memansuhkan undang-undang liwat dalam satu kenyataan terbuka pada 12 Januari 2012 dalam BBC (baca sini).
Atau Irshad Manji terdorong untuk datang ke sini setelah tahu ada demo "Seksualiti Merdeka" mahu dibuat di negara ini? Pasti ada dalang yang membawa penulis pluralisme sebegini untuk merosakkan pemikiran umat Islam di Malaysia.
Agenda pluralisme ini digunakan untuk tujuan politik pembangkang. Mengapa media-media utama pembangkang memberi liputan yang baik dan positif kepada Irshad Manji?
Comments