..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Pakai baju kuning tak bermakna sokong BerSHIT! .

Pelakon komedi terkenal Malaysia, Didie Alias menyuarakan pendapatnya berhubung isu Bersih 3.0 yang dilakukan pada 28 April yang lalu. Dia turut mengecam kepada mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut kerana merasakan negara Malaysia aman dan tidak perlu kacau bilau seperti yang telah dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ketika Bersih 3.0 tempoh hari.

"Secara peribadinya, saya tidak sokong perhimpunan tersebut dijalankan kerana berasa Malaysia ini sudah cukup aman tanpa perbalahan. Saya sayangkan Malaysia, tidak mahu disebabkan oleh segelintir pihak, Malaysia menjadi kacau bilau seperti negara lain."

"Tapi itu semua hak masing-masing, terpulang kepada mereka. Saya hanya ikut mereka yang memimpin." Ujar Didie yang ditemui di majlis persandingan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya tempoh hari.

Didie Alias atau nama sebenar, Fadzilah Mohd Ali turut memberitahu buat masa ini, dia sedang sibuk dengan penggambaran telefilem baru yang berjudul "Nasib Si Pemandu Teksi" lakonan bersama Yassin Senario, Fida dan juga Dina Nadzir.
 
Top