..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Anggota Parlimen Hulu Langat daripada Pas, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear sekali lagi menjelaskan bahawa tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang adalah di tahap yang rendah.

Che Rosli berkata beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat, Selasa.


"Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul.

"Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen... saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, Selasa.

Pada Ogos tahun lepas, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tidak seperti dakwaan Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum ini, dalam satu sesi temu bual dengan sebuah televisyen swasta (TV3)Dr Che Rosli berkata tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat adalah tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik.

Beliau turut ditanya mengenai pemberian lesen sementara kepada Lynas untuk beroperasi dan menyifatkan tindakan sedemikian adalah betul.

Dengar penjelasan dari Dr Che Rosli, seorang pakar nuklear (dalam video di atas) yang menjelaskan kesan sebenar nadir bumi, dan dengar pula penjelasan pemimpin2 Pakatan Rakyat lain (video bawah) yang sekadar memperbodohkan rakyat dengan retorik politik dalam video di bawah, mana satu pilihan anda??

3 das tembakan!:

zack ahmad keychain said... June 20, 2012 at 5:55 PM

Apa plak kena buang bro. Memang Hj. Hadi suruh rakyat Pahang rujuk kepada yg pakar dlm radiasi iaitu dari puak mereka sendiri Dr. Che Rosli. Kata Hj Hadi jangan dengar kata-kata orang yg bodoh dlm hal ehwal radiasi. So, siapa yg bodoh dlm hal ini. Dah tentulah yg sibuk meroyan kata Lynas tak selamat..macamlah projek Lynas tu Loji Nuklear. Bodoh...bodoh. Don't befriend with the idiots...cause U will become fool in the end..

Anonymous said... June 21, 2012 at 12:11 AM

ni lagi sekor blogger umb belaan tun faizal dan h2o, tulis panjang berjela satu hari paling tinggi orang online 36 orang je? sekor pun tak hingin nak komen, aku cadangkan bloger umb ni convert blog korang jadi blog porno je la baru hitz tinggi.

Aloq Laloq said... June 21, 2012 at 6:50 PM

Salam tn blogger,

Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.

Aloqlaloq

 
Top