[Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi menyebabkan isteri orang itu terjebak dengan perkara yang sungguh tidak masuk akal. Muhdalina sudah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di kakinya dan keadaannya dilaporkan stabil. Sementara itu, suami Muhdalina yang hanya dikenali sebagai Yusof berkata, dia yakin isterinya itu TERLALU TAKSUB dengan Khalil Afandi walaupun hanya mengenali lelaki itu melalui laman blog seminggu lalu... -SH]
TAKSUB
(atau dalam diksi senangnya ----> FANATIK)
merupakan sifat yang keterlaluan & melampau
dalam meyakini kepada sesuatu atau seseorang...
Ini bertentangan dengan Islam
kerana mengambarkan kejumudan dan kebekuan fahaman
yang membuatkan hati menjauh
dari sifat tasamuh & toleransi.
Allahyarham Khalil Afandi & Muhdalina selepas keduanya cedera ditembak polis kerana enggan menyerah diri. |
Bukan TAKSUB namanya bila foto sedang menghirup
makananpun dijadikan hiasan dinding yang kononnya
mendamaikan jiwa...??
Jangan sampai PEDANG SAMURAI melayang lagi di PUTRAJAYA...
Al-fatihah untuk Khalil Afandi Hamid!
.
Comments