BERSARA DARI POLITIK... ANWAR CUMA MENAGIH SIMPATI


Rakyat dinasihatkan berwaspada terhadap kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan hasrat untuk bersara dari dunia politik jika Pakatan Rakyat kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Setiausaha Sulit Ketua Pembangkang Anuar Shaari berkata, kenyataan tersebut bertujuan untuk meraih undi kerana bimbang kedudukannya yang goyah.


"Berhati-hati dengan kenyataan Anwar itu kerana sudah tentu ada udang di sebalik batu (tujuan untuk memancing undi).

"Tujuan dia (Anwar) untuk menarik simpati supaya diberi peluang, kononnya dia masih laku masih mempunyai penyokong," katanya ketika dihubungi wartawan AntaraPos.

Selain menyifatkan kenyataan tersebut berunsur politik, Anuar turut berpendapat Ketua Umum PKR itu sepatutnya telah lama meninggalkan dunia politik ekoran sering dikaitkan dengan isu skandal seks.

"Kalau dia nak bersara sepatutnya lama dah dia bersara,dengan masalah moral dia," beliau mengulas.

Anwar dipetik sebagai berkata akan kembali menjadi pensyarah sekiranya PR gagal merampas Putrajaya dari kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata khidmat nasihat Anwar mengenai politik masih relevan walaupun Pakatan Rakyat tewas pada PRU nanti.

"Ini peluang terakhir dia, tetapi tidak semestinya dia berhenti, dia tidak berkecimpung dalam dunia politik, mungkin dia (Anwar) akan menyumbang kepada parti dan sebagainya," katanya.

Menurut Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang, beliau menyifatkan pilihan raya kali ini merupakan platform terbaik bagi Anwar untuk memegang tampuk pemerintahan negara.

"Maksudnya PRU-13 terbaik untuk bertanding jadi Perdana Menteri bagi dia (Anwar)," katanya lagi.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, beliau yakin akan berlaku pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. -antarapos

Comments