HUSAM... LEBUHRAYA RAKYAT ATAU LEBUHRAYA BALAK??

Perjalanan gua & Double-Y dari Putrajaya ke Kota Bharu untuk menemui teman2 bloggers KCW minggu lepas sering terbantut oleh lori-lori balak yang sedang rancak menunggah habuan. Destinasi Gua Musang hingga ke Kota Bharu terasakan terlalu jauh dan berliku, bila jalan 2 lorong menyukarkan perjalanan kerana terpaksa melintasi lori-lori balak yang sarat dengan muatan di sepanjang perjalanan.


Kita sedia tahu siapa 'taukey besar' balak di Kelantan dan gua rasakan kerancakan kerja2 pemunggahan balak sekarang berkaitan dengan usaha PAS Kelantan memenuhkan kantung dana PRU13 mereka. Jadi ada kelogikan Husam Musa yang giat merealisasikan usaha pembinaan Lebuhraya Rakyat melalui rimbaraya negeri Kelantan untuk mempermudahkan usaha pengangkutan balak dari Hulu Kelantan ke Pelabuhan Tok bali, Pasir Putih.

Lebuhraya tersebut ada misi tersembunyi... Jadi ada baiknya dinamakan LEBUHRAYA BALAK, bukan LEBUHRAYA RAKYAT!

Ikuti luahan hati blogger AMBO ORANG KAMPUNG di bawah:


Sejak dari awal lagi ambo selaku salah seorang dari jutaan anak Kelantan sangat berdukacita kepada anak-anak kelantan yang termakan janji Pas untuk mengadakan lebuhraya dari Kota Bharu -Kuala Krai dalam masa yang terdekat ini.




Ambo bukannya nak memperkecilkan keupayaan kerajaan Pas ini namun secara fikir mudahnya ataupun rasional sesuatu projek mega yang hendak di jalankan itu memerlukan banyak dana, ramai pihak yang terlibat dan kekangan birokrasi yang tinggi melibatkan jabatan di sebelah kerajaan pusat dan kerajaan negeri(lutut).




Dan dari kenyataan yang terbaru dari akhbar hari menunjukkan bahawa projek mega ini masih belum pun mendapat kelulusan exco kerajaan negeri Kelantan? Hahaha... macam mana pulak urusan ukur tanah.. apakah mereka menyukat tanah pakai tin milo? macam mana pula dengan pengambilan dan pampasan tanah tanah rakyat? Macam mana pula dengan pelabur? Apakah pelabur hanya mahu melabur tanpa mendapat apa-apa pulangan yang berbaloi... Semuanya ini kena ambik kira..




Ambo selaku rakyat kelate amat tidak percaya lagi kepada pemimpin Pas ini kerana kalaulah dia ingin menarik bantuan dari timur tengah untuk membina jalanraya ini maka adalah lebih baik jika dia menarik pelabur untuk melabur dalam bentuk perindustrian yang sekaligus akan membuka peluang kerja kepada anak muda Kelate yang majoritinya terpaksa berhijrah ke negeri lain demi mencari penghidupan dan rezeki sesuap nasi...

baca berita selanjutnya di blog AMBO ORANG KAMPUNG

.

Comments

pencacai UMNO said…
hahaha.. aku lagi x cayo KEROjaan Umno BN. janji nok wak jale pon puluh2 tahun make maso. masuk RMK benaa. ado kelulusan dana plok tuh. tapi pitis xtahu kemano jale xtahu kemano.. rezeki haram anok branok la tu ore panggil dop?
Anonymous said…
cam mana nak wat jalan.....mmg la kerajaan pusat ckp nak wat jalan...tapi...jalan tu atas TANAH....DAN....TANAH tu adalah terletak di bawah KUASA KERAJAAN NEGERI..jadi bukan satu kerja mudah apabila kerajaan pusat melaksanakan sesuatu yang memerlukan persetujuan kerajaan negeri....terutamanya yang berlainan ideologi....BERCAKAP memang MUDAH....tapi....(SENDIRI PIKIR LA)