#LAWAKPR - SEJAK BILA KELAS TUISYEN ADA HAKCIPTA??


Exco Selangor, Dr.Halimah Ali mendakwa langkah Kerajaan Pusat melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M) bagi memberi tuisyen secara percuma kepada pelajar di seluruh Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini, ditiru daripada program Pakatan Rakyat.


Bagaimanapun, Halimah menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan i-TR1M itu demi membantu pelajar dari golongan keluarga berpendapatan rendah di seluruh Selangor.

"Dia suka ikut-ikut, tapi kami okay bila kita jadi contoh dan jadi model ikutan. Dia nak pakai tak apalah.

"Kita seronok, sebab selain manfaat daripada Tuisyen Rakyat(program kerajaan negeri) rakyat Selangor juga akan dapat manfaat daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).Kami gembira," katanya pada sidang media selepas melancarkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) di Shah Alam Convention Centre di sini hari ini.

Kerajaan negeri sebelum ini telah melaksanakan program Tuisyen Rakyat untuk pelajar di negeri itu sejak empat tahun Pakatan Rakyat (PR) memerintah Selangor.

Khamis lalu, pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan peruntukan RM2 juta daripada Dana Khas untuk melaksanakan program Interaktif - Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada 10,000 pelajar di negeri Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini.

Projek perintis yang dilaksanakan di negeri Selangor itu akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM pada tahun ini.

i-TR1M yang berlangsung dari 18 Jun hingga Oktober ini dilaksanakan di 107 sekolah iaitu 30 buah sekolah menengah dan 77 buah sekolah rendah di negeri ini. -antarapos

Comments