..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Tak pasti apa yang terdetik di kepala Anwar Ibrahim sehingga memutuskan isterinya bertanding kerusi DUN dalam PRU13 nanti... Jawapan dari Wan Azizah sendiri, tapi gua pasti dia tak akan suarakan begitu tanpa persetujuan suaminya. Walaupun belum ditetapkan lokasi gua beranggapan Wan Azizah akan bertanding di Selangor bagi meredakan ketegangan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim... jika PR menang lagi di Selangor berkemungkinan Wan Azizah akan dilantik menjadi MB bersesuaian statusnya selaku Presiden PKR... Azmin Ali & Khalid Ibrahim akan melangut mengenang nasib yang malang! -RR


Dr Wan Azizah mungkin bertanding kerusi DUN, PRU 13 nanti


Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, mungkin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke 13 yang bakal diadakan selewat-lewatnya April 2013.


Bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, dia masih lagi boleh bertanding kerusi DUN walaupun tidak dibenarkan bertanding di peringkat Parlimen kerana meletak jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding pada Ogos 2008.


“Walaupun saya boleh memilih mana-mana kawasan untuk bertanding, saya perlu lihat kepada pandangan dari penyokong-penyokong terlebih dahulu,” katanya dipetik dari Sinar Harian selepas menutup konvensyen pra-pilihan raya yang berlangsung di Pulau Pinang, semalam.


“Parti akan memilih tempat yang sesuai untuk saya nanti.” -TMI

0 das tembakan!:

 
Top