TUMBANGKAN PR DI SELANGOR DULU SEBELUM LAKSANA PROJEK LANGAT 2!! -KHALID IBRAHIM


Hasrat kerajaan persekutuan untuk meneruskan projek air Langat 2 dijangka menghadapi kesulitan apabila Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengarahkan segala permohonan projek berkenaan perlu dirujuk terus ke pejabatnya.

Khalid pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Bangunan SUK, di sini, hari ini, berkata, semua agensi yang terbabit dalam meluluskan permohonan untuk kerja-kerja projek berkenaan perlu membawanya kepada pihak berkuasa negeri dan seterusnya ke Pejabat Menteri Besar.

"Kerajaan negeri telah memutuskan supaya kuasa meluluskan sebarang permohonan berkenaan pelaksanaan Projek Langat 2 hendaklah dibawa terus kepada Pihak Berkuasa Negeri.

"Semua agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Hutan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain agensi yang berkaitan untuk merujuk terus sebarang permohonan berkenaan Projek Langat 2 kepada Pejabat Menteri Besar," katanya dengan nada yang tegas.


Ditanya adakah beliau bersetuju dengan tindakan kerajaan Persekutuan yang membuka tender projek itu bulan hadapan, Khalid sekadar berkata, pihaknya tidak mahu mencampuri urusan itu.

Bagaimanapun, beliau mengusulkan untuk membabitkan pelabur dari Jepun dalam pembinaan loji tersebut.

"Kami tidak mencampuri dalam apa jua urusan kerajaan Persekutuan tetapi dalam mesyuarat Exco sebentar tadi, saya telah minta Exco saya, yang diketuai oleh Teresa Kok dan Dr Xavier, Dr Ronnie dan Iskandar untuk berjumpa dengan Japanese Association in Malaysia (JAICA) berkenaan pelaburan Jepun dalam Langat 2," katanya.

Isnin lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan Persekutuan akan tetap meneruskan pembinaan Loji Langat 2 meskipun tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri Selangor.

Muhyiddin juga memberitahu, tawaran tender untuk menyiapkan projek tersebut akan dibuka mulai bulan hadapan dan ia akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun setengah.

Projek Loji Langat 2 ditentang hebat kerajaan Pakatan yang mendakwa rakyat negeri ini tidak akan dapat menikmati bekalan air percuma sekiranya projek itu diteruskan. -antarapos

Comments

Anonymous said…
Politiking melampau,ala rejim sosialis...