..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Bukan Anwar Ibrahim, bukan Nik Aziz, apatah lagi Abby Abadi...

Derita Rohingya mungkin cuma mampu kita bantu dengan doa, 
semoga barakah Ramadhan ini akan menamatkan keganasan puak Rakhine 
ke atas ummat Islam Rohingya di Myanmmar.

#SaveRohingya



Petikan dari portal PjO:

KETIKA umat Islam di Malaysia ghairah dilanda demam EURO2012 bulan lalu, umat Islam Rohingya di Myanmar terus menderita tanpa pembelaan sewajarnya dari dunia.

Penderitaan umat Islam Rohingya yang disembelih dan dibunuh sejak Jun yang lalu sebenarnya bukan perkara baru yang dialami oleh kaum minoriti di Myanmar itu. Malah ianya telah dilakukan sejak tahun 1942 oleh kerajaan junta Myanmar dan membunuh lebih 100,000 nyawa.

Ketika ini media antarabangsa tidak telus dalam melaporkan insiden rusuhan etnik yang tercetus di Myanmar di antara kaum Rakhine dan muslim Rohingya.
Kerajaan Myanmar pula terlibat dalam menyembunyikan kejadian sebenar yang menimpa nasib umat Islam Rohingya di sana sejak tercetusnya rusuhan sekitar bulan Jun yang lalu.

Akibatnya sehingga kini puak etnik Rakhine dilaporkan terus bermaharajalela dengan menjadikan Islam Rohingya sebagai sasaran termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan. Setakat ini dipercayai beribu jumlah umat Islam Rohingya telah disembelih dan dibunuh kejam oleh etnik Rakhine dengan bantuan polis dan tentera Myanmar.

Sehingga semalam angka korban akibat keganasan puak pelampau Buddha Rakhine ini telah mengorbankan lebih 2000 nyawa umat Islam Rohingya termasuk kanak-kanak dan wanita. BACA SETERUSNYA (KLIK!)


.

0 das tembakan!:

 
Top