..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Tindakan Pakatan Rakyat yang memilih tema alternatif "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" untuk menggantikan tema "Janji Ditepati" oleh kerajaan BN bagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dilihat tidak menghormati hari bersejarah negara itu.

Sambil membidas tindakan berkenaan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, kerajaan tidak bimbang dan khuatir sekiranya empat negeri di bawah Pakatan Rakyat itu ingin menggunakan tema sambutan kemerdekaan yang berlainan.

"Kita tidak gusar. Itu terserah pada mereka. Tetapi yang penting, jangan sebab mereka jadi pembangkang, maka tidak hormati hari merdeka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet Peringkat Kementerian, di Angkasapuri, di sini, hari ini.

Menurut Rais, kerajaan tiada hak untuk memaksa mereka menggunakan sesuatu tema tertentu.

"Sesiapa pun boleh beri pandangan, tapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati hari merdeka," katanya.


Rais juga mengingatkan pembangkang agar tidak membelakangkan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti yang memerintah.

Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk memilih tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-55.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, tengah hari tadi.

Dalam pada itu, Rais menyifatkan negara akan mencipta sejarah pada sambutan hari kemerdekaan tahun ini sekiranya keepat-empat negeri di bawah pimpinan Pakatan itu ingin menggunakan tema mereka sendiri.

"Kalau ini dilakukan pada tahun ini, untuk pertama kali pembangkang tidak bersama dalam perayaan merdeka tahun ini," katanya dengan nada kesal kerana negara dilihat tidak lagi bersatu.
"Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk mengatakan kami tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini)... juga kritik simbol diwujudkan tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka," katanya.

Menurut Rais, bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika mereka membelakangi Hari Merdeka.

"Saya mohon wajarlah kita bersama pada hari itu dan beri penekanan kepada sayangnya kita kepada Malaysia," katanya lagi. -antarapos


kenapa mereka takut gunakan tema
JANJI DITEPATI??
video di bawah ini jawapannya...

0 das tembakan!:

 
Top