LAKONAN PAS SELANGOR... SEBELUM DITEPUK KEPALA LAGI OLEH DAP/PKR!!


PAS Selangor akan membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan garis panduan melarang individu bukan muhrim duduk bersama dalam panggung wayang selain berharap tiada pihak termasuk exco kerajaan negeri yang bertindak di luar batasan.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata pihaknya telah menemui Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan meminta tiada sesiapa mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu sehingga keputusan rasmi dibuat.

"PAS Selangor dah beritahu kepada menteri besar, kita minta supaya benda ini jangan sebarang orang keluarkan (kenyataan) sebab kita belum (buat keputusan)...kita nak ia dibincangkan.

"...dan dalam mesyarat selepas ini kita ambil keputusan untuk bincangkan sepenuhnya dan mengeluarkan satu kenyataan sebab kalau nak tengok sebagai arahan, ia bukan arahan tapi peringatan macam orang nak beli rokok, (ada iklan) jangan beli rokok, bahaya kepada kesihata...apa salahnya? Kemudian berjudi, orang Islam tidak dibenarkan berjudi (atau) beli nombor ekor (iklan) diletakkan di tempat-tempat judi, apa salahnya?," katanya dalam temubual ekslusif bersama AntaraPos.



Pelaksanaan garis panduan itu dicetuskan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam usaha membendung masalah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja Islam.

Bagaimanapun kerajaan negeri Selangor mengumumkan penangguhan pelaksanaan garis panduan tersebut sehingga kajian menyeluruh selesai.

Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata arahan penangguhan mengenainya sudah diberikan kepada Yang Dipertua MDKS.

Garis panduan itu mengarahkan pengunjung lelaki dan wanita yang belum berkahwin tidak duduk bersama ketika menonton wayang.

Menurut Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, banyak aspek perlu diteliti dan diperhalusi sebelum garis panduan itu dikuatkuasakan memandangkan panggung wayang turut dikongsi bersama orang bukan Islam.

"Cuma kita nak beritahu dalam pawagam, PAS berpendapat kita tak boleh keluarkan kenyataan umum sebab bagi bukan Islam duduk bersama bukan muhrim mungkin bukan satu halangan bagi mereka tapi khusus untuk orang Islam, ini yang kita tekankan.

"PAS berpendapat mesti ada unsur-unsur keislaman diselitkan (dalam garis panduan)," katanya. -antarapos

Comments