..

UNDER CONSTRUCTIONS...


FILEM low budget dengan taraf produksi yang sangat teruk, Innocence of Muslims (IoM) pada asalnya berkemungkinan mengalami kerugian, tidak balik modal selepas cuma ditonton oleh 10 orang setiap tayangan di pawagam... Akhirnya menjadi sebuah blockbuster musim luruh!

IoM yang cuma menjalani pengambaran dalam studio menggunakan greenscreen (untuk 'ditampal' latar belakang padang pasir) mencapai kutipan box-office kerana paranoid umat Islam sedunia bagi menunjukkan kecintaan kepada Rasul junjungan.

Seorang duta AS maut di Libya dan demonstrasi bantahan di seluruh dunia mencorak keganasan hingga menyebabkan pertumpahan darah. Ironik bila kita cuba membantah kebodohan juga dengan kebodohan.

PAS khabarnya akan mengadakan Perhimpunan Sejuta Ummat pada hari Jumaat ini di hadapan kedutaan AS di Malaysia. Bayangkan apa yang akan terjadi dengan cara bantahan sebegitu, sedangkan demo Bersih yg tidak sampai suku juta ummatpun berakhir dengan huru-hara. Mampukah Unit Amal PAS mengawal khalayak yg seramai itu untuk mengadakan bantahan dgan sopan & islamik? Mungkin tidak...

Apapun memorandum atau mesej yg ingin PAS sampaikan kepada Kedutaan AS takkan membawa apa2 natijah positif. Filem seperti itu harga 'freedom of speech' yg terpaksa dibayar, sepertimana yang PAS perjuangkan bersama Pakatan Riot.

Dalam kita ghairah & paranoid membantah penghinaan filem IoM terhadap Rasulullah saw, kita terlupa pada penghinaan ke atas Nabi yg lebih dekat...

Bagaimana dengan khatib PAS yang bersuara di atas mimbar mengatakan Rasulullah saw juga menyokong Anwar Ibrahim? Bagaimana dengan tokoh pujaan dalam PAS yang mengatakan Nabi Muhammad saw semasa kecilnya adalah sama dengan mamat2 lain di kampung?

Tidakkah itu juga penghinaan kepada Rasulullah saw yg lebih dulu patut kita kekang, bantah & protes berbanding penghinaan masyarakat Barat yang takkan terhenti prejudis mereka terhadap Islam selagi kita tidak tangani dengan akal & kebijaksanaan...

Menjadikan Islam sebagai alat politik menunjukkan penghinaan PAS terhadap Rasulullah saw jauh lebih teruk berbanding penghinaan oleh masyarakat Barat yang belum begitu arif & mengerti tentang ajaran Rasulullah saw.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






0 das tembakan!:

 
Top