..

UNDER CONSTRUCTIONS...


BUKAN sahaja berdepan dengan saman tunggakan subsidi air, malah kerajaan negeri Selangor dilihat terus gagal menyelesaikan masalah meter pukal air yang melibatkan 1,378 pangsapuri.

Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Syukur Idrus berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) dilihat terus buntu untuk mencari jalan penyelesaian tambahan rakyat kini sudah mula bangun dan menuntut hak mereka.

"Saya tidak nampak perkara ini dapat diselesaikan oleh kerajaan pembangkang di negeri Selangor ini.

"Dan dia pun tidak ada kesungguhan untuk selesaikan masalah ini. Malahan masalah 20 meter padu air percuma pun yang ada ini pun dia sudah tercungap-cungap dan mengakibatkan dia terpaksa bayar RM13 juta sebulan dan menjejaskan perkara lain di Selangor ini," katanya kepada Antarapos.

Difahamkan, para penduduk yang mendiami 1,378 pangsapuri di seluruh negeri itu tidak pernah mendapat manfaat air percuma gara-gara kerajaan negeri menetapkan pemberian subsidi hanya kepada pengguna meter individu dan bukannya meter pukal.

Ekoran penafian hak oleh kerajaan Selangor, seramai 711 penduduk pada semalam menfailkan saman tuntutan berjumlah RM405 ribu di Mahkamah Sesyen Shah Alam.



Menurut Shukur, dengan anggaran sebanyak 689,000 unit rumah daripada 1,378 pangsapuri terbabit, kerajaan negeri Selangor berhutang lebih RM300 juta sebagai tunggakan subsidi kepada jumlah isi rumah berkenaan.

"Saya kira ini adalah satu janji yang sebenarnya hanya dibuat untuk sedapkan mulut sahaja. Sebagai gula-gula dan akhirnya dia terpaksa laksanakan.

"Saya nasihatkan kepada rakyat, jangan terpengaruh dengan janji Pakatan yang kebanyakannya tidak terlaksana,” katanya.

Penduduk yang masih menggunakan meter pukal masing-masing mendesak kerajaan membayar RM547.20 tunggakan subsidi air yang diperoleh jika harga RM11.40 bagi setiap 20 meter padu air percuma setiap bulan sepanjang tempoh empat tahun kerajaan Selangor memerintah.

Menurut mereka, jumlah wang tersebut boleh digunakan untuk meringankan beban kewangan termasuk membayar tunggakan bil atau membayar yuran badan pengurusan bersama (JMB) flat atau apartmen yang didiami mereka.

Bagaimanapun Shukur berkata rakyat perlu berhenti berharap ekoran usaha kerajaan Selangor menyelesaikan masalah ini terus dilihat sepi.

"Penduduk di rumah-rumah pangsa ini bahawa tuntutan mereka ini boleh diteruskan tetapi saya tidak nampak akan ada jalan penyelesaian yang mahu diusahakan oleh kerajaan negeri," katanya lagi. -antarapos

0 das tembakan!:

 
Top