..

UNDER CONSTRUCTIONS...




PAS jelas mengabaikan prinsip perjuangan Islam parti itu apabila mempamerkan sikap tolak-ansur untuk melantik calon bukan Islam sebagai pemimpin demi mengejar cita-cita politik Pakatan Rakyat.


Post PicMenurut bekas pemimpin PAS, Datuk Mohd Nakhaei Ahmad, beliau menyifatkan hasrat Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meletakkan calon bukan Islam di kerusi Sabah dan Sarawak bercanggah dengan "fatwa" yang pernah dikeluarkan Presiden PAS itu sendiri.



"Kalau dahulu (katakan) tidak boleh melantik, tidak boleh undi orang bukan Islam. Fatwa PAS, (yang merupakan) fatwa Haji Hadi juga. (Dia kata) jadi kafir bila tidak mengkafirkan orang kafir.



"Nak undi orang bukan Islam pun tidak boleh, sekarang ni dia bukan sahaja mengharuskan kita undi orang bukan Islam, tapi juga dia letak calon dia, orang bukan Islam. PAS bukan lagi sebuah parti Islam," kata beliau ketika dihubungi.



Mengulas lanjut beliau berkata, PAS dilihat semakin menyeleweng daripada prinsip asal yang mendaulatkan agama serta mempertahankan orang Islam.



"Mereka anggap Perlembagaan negara ini perlembagaan kafir, jadi apa yang mereka perjuangkan? Bukan perjuangan Islam. Mereka berjuang untuk dapat kuasa sahaja.



"PAS tidak perjuangkan Islam. Nama saja parti Islam, tapi tidak pertahan Islam, tidak pertahan hak-hak orang Islam, dan dia telah menyeleweng jauh dari perjuangan PAS yang asal," tambah beliau.



Hadi dalam temubual eksklusif bersama Antarapos mendakwa PAS sebelum ini gagal menawan sebarang kerusi di Sabah dan Sarawak kerana memberi tumpuan kepada usaha-usaha dakwah.



Malah keputusan PAS untuk bertanding di 80 kerusi seperti yang dinyatakan Hadi sebelum ini dengan harapan parti itu mampu melebarkan jajahan di negeri Borneo. -antarapos

0 das tembakan!:

 
Top