..

UNDER CONSTRUCTIONS...


PRO-M UM BERPELUH RAIH SIMPATI

Menjelang hari pembuangan undi, kem Pro-M Universiti Malaya nampaknya sudah gawat. Semalam mereka adakan kempen speaker corner tapi sambutan yang diterima amat mendukacitakan. Lihat gambar-gambar di bawah.

Kehadiran penyokong sangat mengecewakan Pro-M UM.

Kekuatan sebenar yang cuba disorok.


Tak habis-habis dengan tuntutan!

Sesuatu perlu dilakukan! Menurut maklumat yang diterima, dirty section dalam jentera Pro-M UM yang disokong oleh penasihat-penasihat tertentu daripada 'sebuah' parti politik, mereka akan merancang 'kejutan' terbaru bagi memastikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) terus dikuasai Pro-M.

Apa nak hairan. Dulu mereka tergamak letak kepala babi dalam surau Akademik Pengajian Islam yang juga kubu kuat PMI UM semata-mata nak jatuhkan kem Penggerak (Aspirasi). Hasilnya, undi besar menjadi milik Pro-M yang dikuasai PMI.

Mereka juga pernah 'menghilangkan' salah seorang calon Pro-M sendiri iaitu saudari Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang yang juga anak pemimpin Dewan Muslimah PAS Selangor. Akibat insiden ghaib tersebut, Masturah menang undi popular sembul 'muncul' kembali sehari selepas keputusan PRK diumumkan.

Kali ini, apa lagi yang mereka nak buat? Culik Naib Canselor UM? Bakar kereta calon sendiri? Atau bakar Dewan Tuanku Canselor (DTC) seperti yang pernah dilakukan pada tahun 90-an dahulu?

Pro-M UM memang hebat dalam berpolitik. Matlamat menghalalkan cara, itulah prinsip mereka selama ini.


PETANDA AWAL KEKALAHAN PRO-M BERMULA DI UNIVERSITI MALAYA

Gambar di bawah dirakamkan ketika aktivis-aktivis Pro-M sedang berkempen pada petang semalam di Sudut Pidato Universiti Malaya. Selain gagal menarik perhatian para pelajar, mereka juga kelihatan sudah dangkal idea untuk berkempen.

Terpaksa menggunakan gitar untuk berkempen
walaupun ia meniru kaedah dakwah Yahudi.

Gambar berikut ini pula dirakamkan sebentar tadi. Kali ini kumpulan Penggerak Mahasiswa atau dikenali juga sebagai Pro-Aspirasi di kebanyakan universiti lain, mengambil posisi di Sudut Pidato tersebut.

Kempen Penggerak sebentar tadi 
menerima sambutan yang lebih baik.

Berdasarkan pemerhatian SB, jelas sekali mahasiswa-mahasiswi UM menyokong kempen kumpulan Penggerak berbanding kempen yang dibuat oleh Pro-M.

Adakah ini petanda jelas keputusan PRK UM tahun ini bakal dikuasai oleh kumpulan Penggerak? Mungkinkah juga mahasiswa-mahasiswi UM sudah muak dengan Pro-M dan mahukan perubahan?



sumber : GERAKAN13

0 das tembakan!:

 
Top