DS @Zahid_Hamidi Suruh Bloggers Pencacai Pakatan Cari Isu Lain Untuk Fitnah!

(lihat poster-poster lain DI SINI - KLIK!

Ini cerita betul, bukan cerita lawak pasal Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi peluk dan cium seorang wanita muda yang juga anggota askar Wataniah. Malah, sebuah akhbar Cina memaparkan gambar aksi Zahid dan wanita berkenaan yang dirakam minggu lalu.

Maka kecoh lah pasal kelakuan Naib Presiden UMNO itu setelah ada yang melihat gambar tersebut tanpa memahami apa dituliskan akhbar berkenaan.

Ada yang ambil kesempatan kata macam-macam nak buruk Zahid.

Namun, Zahid yang ditemui Agendadaily tergelak menceritakan insiden di sebuah Puswatan atau Pusat Latihan Askar Wataniah di Perak itu.

"Jika ada sesiapa nak putar belit atau jadikan isu, wanita itu adalah anak saya Nurul Hidayah. Carilah isu lain untuk fitnah saya," katanya.

Menurut Zahid, beliau menghadiri majlis meraikan seramai 60 anggota kursus kepegawaian paltun Wataniah babitkan pengamal media, seni dan askar Wataniah paltun peringkat negeri dan daerah.

Katanya, Nurul Hidayah berpangkat prebet dan amat meminati tugas sukarela lalu menyertai kursus tersebut.

"Selesai majlis, ada sesi bergambar. Seperti anak-anak yang lain, beliau peluk dan cium pipi saya, saya balas dan ada disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina," katanya.

Tanpa mengetahui kandungan berita itu, kata Zahid, ada yang melihat gambar tersebut menimbulkan cerita siapakah dipeluk Menteri Pertahanan itu.

Sehubungan itu, perbuatan merendahkan sesaorang tokoh hendaklah dielakkan apatah lagi jika mahu digunakan sebagai bahan fitnah. "Siasatlah dahulu kesahihannya," ujar Zahid. -agendadaily

Comments