..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin adalah 'tukang maki' bagi pihak Tan Seri Khalid Ibrahim, kata Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau berkata, apa sahaja kenyataan atau kritikan terhadap sesuatu isu, yang tidak dapat dilakukan Khalid, atas kapasitinya sebagai ketua negeri akan disempurnakan Faekah.

tun faisal ismail aziz umb unit media baru pemuda umnoAtas sebab itulah Tun Faisal berkata, Faekah seolah-olah kebal dan dilihat sangat berkuasa membuat kenyataan serta mengutuk mana-mana pemimpin politik yang tidak sebulu dengan majikannya, termasuk dari kalangan pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Semua orang tahu yang Faekah sebenarnya buat macam-macam kerja untuk Khalid. Sebab itu ramai yang pertikaikan bagaimana seorang Setiausaha Politik kepada Menteri Besar boleh begitu berkuasa dalam negeri Selangor.

“Sebelum ini pun orang rasa pelik sebab Faekah boleh mempengerusikan mesyuarat, putuskan itu..putuskan ini..jadi nampak jelaslah hubungan Faekah dengan Khalid lebih daripada Setiausaha Politik..seolah-olah dia menentukan segala-galanya dan dia takkan berani nak menentukan benda itu melainkan kalau sudah mendapat 'lampu hijau' daripada Khalid,” katanya ketika dihubungi AntaraPos.

Terbaru, Faekah bingkas mengecam Azmin Ali, berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR itu bahawa 'kepakaran Khalid dalam bidang pentadbiran lebih diperlukan diperingkat kabinet, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk sebuah kerajaan kelak'.

Azmin secara tidak langsung cuba menyampaikan mesej bahawa khidmat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sudah tidak diperlukan.

Kenyataan itu mengundang reaksi Faekah yang mempersoalkan dari manakah Azmin mendapat aspirasi untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Siapa Azmin untuk membuat kesimpulan begitu? Saya tidak tahu dari mana dia dapat aspirasi begitu” kata Faekah.

Apa yang menghairankan Khalid ketika ditemui AntaraPos di lobi Parlimen minggu lepas berkata, beliau mengambil kenyataan Azmin itu sebagai sesuatu yang positif.

“Saya baca kenyataan (Azmin) dari sudut positif dan nampaknya saya boleh bekerja dalam kerajaan Persekutuan dan Negeri,” katanya.

Mengulas tindakan Azmin mengeluarkan kenyataan sebegitu, Tun Faisal berkata umum mengetahui cita-cita Azmin dalam politik amat besar, iaitu ingin menjadi Menteri Besar bagi sebuah negeri yang terkaya di negara ini.

“Dari dulu, orang PKR sendiri cakap Azmin memang tidak sebulu dan tidak setuju dengan banyak pendekatan Khalid Ibrahim. Memang kalau kita faham, dia memang bercita-cita nak ada lebih kuasa dalam negeri Selangor sebab lebih banyak benda dia buat untuk keuntungan PKR berbanding Khalid yang dilihat terlalu mengikut kata-kata DAP.

Tun Faisal berkata melalui pengamatannya, Azmin agak sukar untuk menggoyahkan kedudukan Khalid lantaran mendapat sokongan padu pemimpin DAP Selangor.

“Khalid Ibrahim nampaknya yang dalam Pakatan sendiri seperti DAP lebih selesa. Itu kita nampak ramai pemimpin-pemimpin DAP lebih rapat kepada Khalid Ibrahim dan mereka akan pertahankan Khalid Ibrahim walau macam mana pun.

“Azmin kena sedar memang ada sebahagian dalam PKR tidak suka dengan cara dia dan dalam Pakatan sendiri kalau kita tengok tindakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, tindakan DAP, semuanya seolah-olah memberi sokongan kepada Khalid berbanding dia. Jadi Azmin kena sedar bahawa dalam Pakatan dia bukanlah pemimpin yang popular,” ujar beliau.

Krisis di antara Azmin dan Khalid memuncak apabila Azmin meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Tindakan itu dikatakan sebahagian daripada usaha Azmin melahirkan rasa tidak puas hati dengan kepimpinan Khalid menerajui negeri itu.

Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi negeri itu pada pilihan raya umum 2008. -antarapos

0 das tembakan!:

 
Top