..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Pembetulan untuk Khalid Samad...
Rasanya ini bukan isu Karpal-Nasha
Tapi harus selami lebih dalam...
ISUNYA ADALAH 
HUDUD & ISLAM!
PAS sanggup biarkan pemimpinnya
yang cuba pertahankan Hudud & Islam
bersendirian... Hanya kerana menjejas
cita2 politik mereka. 
PASyaitonnirrojim!


PAS tidak akan masuk campur isu Karpal-Nasha

PAS tetap dengan berpendiriannya membiarkan isu membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa diselesaikan oleh kedua pemimpin tersebut.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad berkata, tindakan Karpal yang akan meneruskan samannya terhadap Nasharudin adalah urusan peribadi.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas II Selangor berkata, pihaknya tidak akan campur tangan kerana tidak pernah menyuruh ahlinya mengeluarkan kenyataan yang sesuka hati.

"Bukan semua tindakan anggota dalam PAS kita akan pertahankan, itu bukan sikap yang adil.

"Daripada awal lagi parti tidak terlibat, lainlah kalau Nasha bertindak atas nama parti.

"Itu antara mereka berdualah (Nasha dengan Karpal) pasal Nasha yang keluarkan kenyataan Karpal anti- Islam dan Karpal menyanggah, jadi itu terpulang kepada mereka masing-masing dan
itu tidak kena mengena dengan parti," katanya.

Semalam Pengerusi DAP, Karpal Singh di lobi Parlimen menegaskan beliau tetap akan menyaman Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berhubung isu hudud dan Islam.

Karpal sebelum ini mendakwa Nasharuddin menuduh beliau sebagai anti-Islam apabila tokoh DAP itu tegas menolak undang-undang hudud.

Dalam perkembangan lain, Khalid hari ini menyangkal pandangan Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad sambil menegaskan, perjuangan parti itu masih mengikut landasan yang telah ditetapkan enam dekad lalu walaupun bekerjasama dengan rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP.

Sehubungan itu menurut Khalid, kenyataan ahli seumur hidup PAS itu hanya satu pandangan peribadi.

Khalid berkata, Pas tidak pernah berubah daripada matlamat asal parti.

"Itu merupakan pandangan peribadi beliau.

"Perlembagaan PAS tetap sama, apa yang kita setuju kita sepakat untuk setuju bersama, apa yang kita tidak setuju masing-masing ada hak untuk tidak setuju tetapi kita tetap terus untuk agenda masing-masing.

"Kita tidak menggadaikan dasar perjuangan kita seperti mana yang terkandung dalam perlembagaan Islam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, PAS tidak akan sesekali menggadaikan dasar perjuangannya sebagai sebuah parti Islam dan tetap akan berjuang deminya.

Menurut Khalid, beliau menghormati segala keputusan Majlis Syura Ulama yang mahukan kerjasama PAS dengan DAP, kerana ia lebih mengetahui baik buruk sesuatu hubungan tersebut.

"Dalam PAS kita ikut keputusan yang dibuat Majlis Syuara Ulama yang terdiri daripada 12 orang ulama.

"Pada pandangan saya kalau kita mahu tahu sesuatu perkara itu bercanggah dengan dasar Islam atau tidak, maka rujukan kita adalah Majlis Syura Ulama.

"Mereka yang memutuskan sesuatu tindakan parti itu bercanggah ataupun sebaliknya dengan hukum syara' dengan perlembagaan PAS," ujarnya.

Shahnon sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menyifatkan dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

Beliau berkata, apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam. -antarapos

0 das tembakan!:

 
Top