..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Jika dirujuk kepada Resolusi 2.3 yang diluluskan para perwakilan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke 59 pada 21 Oktober 2012 berkenaan aspek hudud dalam undang-undang jenayah Islam menyebut “The General Assembly condemns DAP for misleading the Chinese community on PAS’s hudud laws, paving the way for the implementation of PAS’s agenda in Malaysia.”

Dalam kenyataan di atas jelas MCA bukan menentang hukum Islam (Hudud), tapi Hudud versi PAS yang tercetus atas kepentingan politik semata-mata.

Tiada alasan untuk MCA merasa takut atau tertekan, apatah menentang perlaksanaan 'Hudud PAS' kerana draf Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang disusun oleh PAS menyatakan ORANG BUKAN ISLAM tidak termasuk dalam perlaksanaan undang-undang ini.

Itu nyata bertentangan dengan hukuman Hudud sebenar yang tidak membataskan anutan agama jika dilaksanakan, semua akan menerima hukuman yang sama atas kesalahan yang sama tidak mengira mereka Islam atau tidak.

Itu belum termasuk pelbagai kekeliruan dalam draf yang disusun oleh PAS. Contohnya isu meliwat isteri yang dibangkitkan oleh YB Zulkifli Noordin bila Seksyen 14 Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002  menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Jadi jelas di sini HUDUD ISLAM & HUDUD PAS merupakan 2 entiti yang jauh berbeza!

.

Isu Hudud: MCA Tidak Tolak Undang-Undang Islam- Dr M
KUALA LUMPUR: Kenyataan MCA berhubung isu hudud bukan bermaksud komponen Barisan Nasional (BN) itu menolak pelaksanaan undang-undang Islam.
Sebaliknya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kenyataan MCA itu sekadar untuk memberi peringatan kepada masyarakat Cina agar tidak menyertai DAP.
"Mereka berkata begitu bertujuan untuk menakutkan masyarakat Cina bukan orang Melayu atau Islam agar tidak menyertai DAP.
"Sejak dulu MCA tidak pernah membantah Malaysia sebagai negara Islam dan mengamalkan ajaran Islam," katakan pada sidang media selepas majlis dialog di Universiti Malaya, di sini, Selasa.
Dr Mahathir mengulas ketika ditanya tentang kenyataan dan pandangan MCA pada mesyuarat agung tahunan (AGM) pada Sabtu lalu.
Tambah beliau, isu hudud tidak seharusnya dijadikan bahan politik bagi meraih sokongan bukan untuk kepentingan Islam.
"Isu ini tidak boleh dijadikan satu bahan kepentingan politik bukan untuk Islam, jika PAS mahu melaksanakannya ia perlu adil kepada semua masyarakat.
" Mereka konon berpegang kuat kepada agama Islam, siapa yang menolak hudud pula tidak pegang kuat kepada Islam," katanya. -mStar

0 das tembakan!:

 
Top