Kelentong Nik Aziz... Tarbiyah Atau Bai'ah??


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata program tarbiyah berjaya memastikan wakil rakyat PAS tidak lompat parti dan berpegang kepada perjuangan PAS.
Program tarbiyah yang diwujudkan di bawah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS berjaya memastikan kesinambungan kerajaan pimpinan parti itu di Kelantan, kata Mursyidul Am Pas itu.

"Kalau saya sebut tarbiyah PAS berjaya ialah bila seorang wakil rakyat PAS di Machang yang hanya dapat tiga undi pada pilihan raya umum (2004) tapi tidak melompat...tak melompat ini merupakan satu kejayaan besar sedangkan kalau dia melompat habislah kerajaan (negeri) Kelantan ketika itu kerana dia seorang.

"Kita berdoa kepada Allah mudah-mudahan tiada orang PAS melompat, zaman dulu melompat tapi sekarang Alhamdulillah tiada kerana yakin kalau kita ajar depan kita ini neraka dan syurga," kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu dalam temubual eksklusif bersama Antarapos baru-baru ini.



Jelas pemimpin veteran ini, tekanan yang berlaku terhadap pemimpin PAS tidak seteruk yang dialami Nabi Muhammad SAW.

Tambah beliau, apa yang penting adalah keikhlasan kepada perjuangan parti.

"Nak masuk syurga kena ikhlas, masalah susah-payah Nabi Muhammad dah rasai...kena maki, kena halau, kena pulau, beri salam tak jawab, jual barang tiada orang beli dan nak beli barang tiada orang nak jual. Lebih teruk daripada sekarang.

"Kita sekarang kalau bergaduh dengan Umno pun pergi mari. salam berjawab, nak jual barang orang Umno beli, nak beli barang orang Umno beri...tiada apa, " katanya. -antarapos


Comments