..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K Devamany mencabar Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memberi penjelasan mengenai laporan audit yang mengesahkan terdapat kepincangan dalam pengurusan kewangan Universiti Selangor (Unisel).

Menurutnya, laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan semalam telah membuktikan kepincangan dari segi pengurusan dalam Unisel secara jelas.

"Laporan Audit telah membuktikan segala-galanya tentang Unisel.

"MB seharusnya tampil untuk memberikan penjelasan kalau benar Unisel tidak menghadapi apa-apa masalah," katanya kepada Antarapos di lobi Perlimen hari ini.

Beliau selain itu turut menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rahsuah Malaysia (SPRM) menyiasat kegagalan Unisel dalam mengurus tadbir dan kewangan bagi memudahkan tindakan diambil.



"Melalui laporan audit tersebut, SPRM juga harus menyiasat pengurusan kewangan dalam universiti tersebut," tegasnya.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk aktiviti pengurusan syarikat kerajaan negeri Selangor mengesahkan kepincangan aspek kewangan termasuk urus tadbir korporat Unisel di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Laporan itu menyebut bahawa prestasi kewangan universiti berkenaan tidak memuaskan, audit dalaman yang gagal berfungsi termasuk Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan tidak ditubuhkan.

Turut dinyatakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Unisel tidak dijalankan seperti syarikat-syarikat lain, malah Piawaian Prosedur Operasi (SOP) universiti itu tidak diluluskan oleh Lembaga Pengarah. -antarapos

0 das tembakan!:

 
Top