Nik Abduh Tak Setuju Haron Din Ganti Bapanya Jadi Mursyidul Am PAS...


Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata masih belum tiba masanya untuk mana-mana pihak untuk bercakap soal siapa pengganti Datuk Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am PAS.

Bagaimanapun, beliau berkata PAS tidak ketandusan pemimpin untuk menggantikan Nik Aziz kelak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali agar Nik Aziz meletakkan jawatan dan menyerahkan tugasnya itu kepada timbalannya, Datuk Haron Din.

"Pemimpin PAS layak untuk ganti sesiapa. Soalnya masa untuk menggantikan tidak timbul lagi," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini hari ini.



Bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali semalam dalam kenyataan medianya meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am PAS, kerana mengeluarkan kenyataan parti DAP tidak pernah menggganggu perjuangan PAS dan akan membantu parti Islam itu untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) itu berkata kenyataan seumpama itu amat keterlaluan dan akan memberikan 'peluru' kepada parti dominasi Cina itu untuk terus menyerang dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam dasar Islam, diperjuangkan PAS.

Beliau berkata sudah tiba masanya jawatan itu diserahkan kepada Timbalannya, Datuk Dr Haron Din, yang padanya mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan Nik Aziz.  -antarapos

Comments