Panasss!! Bekas Ahli DAP Dedahkan Hipokrasi Hubungan DAP-PAS


Bekas ahli DAP Tan Han Kuo mendakwa parti dominasi Cina itu bersikap hipokrit dalam menjalinkan hubungan dengan PAS walhal mengetahui bahawa kerjasama antara kedua-dua parti itu tidak akan berkekalan.

Malah beliau turut mendakwa kepimpinan kedua-dua parti berkenaan saling tidak mempercayai satu sama lain terutamanya melibatkan hukum hudud.

"Apa yang mereka tahu adalah, matlamat ke Putrajaya, (perkara hudud ini) akan diselesaikan kemudian. Itu yang saya anggap mereka sebagai hipokrit. Mereka tidak berpegang pada satu prinsip (sahaja).

"Semasa kami (masih) dalam parti (DAP), pemimpin DAP tidak pernah percaya pada pemimpin PAS dan begitulah sebaliknya," ujarnya kepada pemberita.

Tan yang juga bekas Ahli Majlis Perbandaran Kajang mengambil keputusan untuk keluar DAP pada tahun 2011 ekoran dituduh mendedahkan maklumat tentang salah guna kuasa melibatkan ahli keluarga kepada bekas setiausaha politik Lim kit Siang bersabit kontrak kerajaan negeri di Seri Kembangan.

Selain daripada itu, beliau mendakwa sikap 'lidah bercabang' DAP bertujuan menyenangkan hati pihak tertentu untuk mendapatkan habuan politik.



"DAP, mereka hipokrit. Bila mereka jumpa sesetengah kumpulan, mereka akan kata hudud tidak bagus, bila jumpa kumpulan lain, mereka akan kata jangan takut pada hudud kerana kalau anda tidak terlibat dalam jenayah, anda tidak akan terjejas

"Mereka tidak ada prinsip. Mereka sangat hipokrit. Mereka akan cakap apa sahaja untuk senangkan hati orang, untuk (buatkan mereka) dipercayai," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama PAS-DAP adalah berlandaskan 'tahaluf siyasi' (kerjasama badan Islam dengan pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya, bagi mencapai matlamat sama) dan dibuat berdasarkan garis panduan yang disediakan Majlis Syura Ulama PAS.

Justeru, tidak hairanlah jika DAP masih berpegang pada prinsip untuk "bersetuju" dengan PAS walaupun pada hakikatnya menentang perjuangan Islam dan hanya akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut apabila berkuasa kelak.

Malah, hukum undang-undang hudud ini masih menjadi polemik utama pertelagahan antara PAS dan DAP. -antarapos

Comments