..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Pilihanraya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sessi 2012/2013 telah selesai dijalankan di 20 IPTA yang mana kampus UIA yang mengadakan pengundian semula semalam telah dimenangi oleh Pro-M atau pelajar pro-pembangkang.

Kegagalan Pro-AM untuk menafikan penguasaan pelajar pro-pembangkang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sememangnya sudah dijangkakan oleh pemerhati.

Sungguh aneh kerana mandat terus diberikan kepada kumpulan pelajar pro-pembangkang yang terbukti gagal melaksanakan tugas mereka sebagai MPP sessi yang lepas terus dipilih untuk menerajui kepimpinan dua kampus besar oleh penuntut di sana.

Sudah tiada pilihan lainkah penuntut-penuntut kampus tersebut?

Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah (kiri) &
Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin (kanan)
Jika mengikut logik apabila terdapat kumpulan pelajar yang membawa perjuangan parti pembangkang di UKM dan UIAM ini bermakna Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, Timbalan Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik gagal mendekati penuntut dan memberi pemahaman mengenai gagasan 1Malaysia dan agenda tranformasi yang diilhamkan oleh DS Najib Tun Razak.

Kegagalan Pro-AM di UKM dan UIAM menggambarkan kepada masyarakat mengenai sikap tidak peduli Naib Canselor UKM dan Rektor UIAM dan timbalannya terhadap persekitaran politik kampus, malah mereka juga tidak peka dengan denyut nadi mahasiswa serta pensyarah-pensyarah di sana.

Tindakan Naib Canselor UKM dan Rektor di UIA membuktikan bahawa penerangan secara jelas mengenai dasar-dasar kerajaan tidak dijalankan dengan sempurna.

Sehinggakan pentadbiran universiti gagal melahirkan pemimpin pelajar yang baru dan beridealisme yang mempunyai perjuangan sendiri dalam membawa aspirasi atau suara sebenar penuntut IPT.

Kejadian yang berlaku di UKM di mana 7 kerusi dikatakan dimenangi tanpa bertanding oleh pelajar pro-pembangkang adalah asas kukuh bagi membuktikan kegagalan Naib Canselor UKM dalam melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai keberanian, pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dalam memikul setiap amanah yang disandarkan.

Kesedaran-kesedaran berbentuk kepimpinan ini prosesnya harus diambil tempat di universiti, yang mana ianya merupakan langkah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan dalam pelbagai bidang termasuk profesional.

Jika Naib Canselor UKM iaitu Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah dan Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin beserta TNC HEP & TNC Akademik menjalankan tugas mereka mendekati pelajar, nescaya pelajar pro-pembangkang tidak akan mampu menjalankan gerakan membawa suara parti pembangkang ke dalam kampus.

Gantikan Naib Canselor UKM & Rektor UIAM

Kegagalan ini tidak boleh dibiarkan, sewajarnya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak menggantikan Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik dari kedua-dua kampus ini dengan mereka yang lebih faham tentang agenda transformasi kerajaan.

Tempat mereka wajar digantikan dengan Naib Canselor dan Rektor yang mampu turun ke bawah memberi penerangan kepada mahasiswa, pensyarah serta pentadbir agar mereka turut menjayakan agenda tranformasi kerajaan dan gagasan 1 Malaysia.

Disebabkan kegagalan dan sikap tidak peduli inilah, penyambungan kontrak Naib Canselor UKM tidak disambut baik oleh mahasiswa serta pensyarah di kampus terbabit. PM DS Najib Tun Razak telah dinasihati secara salah dan satu tindakan segera diperlukan bagi memperbetulkan semula keadaan ini.

Mahasiswa serta pensyarah menolak sikap bodek pemimpin yang diamalkan oleh sesetengah Naib Canselor untuk memastikan mereka terus kekal berjawatan.

Malah disarankan DS Najib Tun Razak turun ke UKM dan UIAM untuk lebih memahami situasi yang berlaku di kampus tersebut dan bukan hanya mendengar laporan 'palsu' daripada pembodek yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga UKM dan UIAM serta kampus-kampus lain di dalam negara.


SUMBER : DOUBLE-Y

2 das tembakan!:

Anonymous said... October 4, 2012 at 10:31 AM

ulasan paling bodoh yg pernah dibaca.....

Anonymous said... October 4, 2012 at 8:00 PM

Komen anonymous diatas paling tak ada otak.

 
Top