..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak memberi jaminan projek pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran Batu Caves akan dibatalkan.

Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi berkata, setakat ini kerajaan negeri telahpun mengeluarkan arahan untuk menghentikan projek itu buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melakukan siasatan.

Namun keputusan sama ada projek tersebut boleh diteruskan atau tidak, bergantung kepada ehsan kerajaan negeri selepas mengambil kira hujah-hujah yang bakal dikemukakan oleh unit perancangan negeri.

"Perkara ini memerlukan masa untuk diselesaikan selepas mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan mendapatkan penjelasan daripada pelbagai jabatan dan sebagainya. Selepas itu kita akan buat keputusan," katanya.

Xavier selain itu menyifatkan kerajaan Selangor prihatin dengan isu yang dianggap sensitif berikutan kawasan tersebut merupakan tempat beribadat bagi kaum Hindu selain itu mengingatkan media agar tidak menggembar-gemburkan isu tersebut sebelum keputusan dibuat.



Jumaat lalu, sekumpulan 300 orang aktivis dari Kuil Sri Maha Mariamman telah mengadakan bantahan secara aman di hadapan kuil yang memilik patung Dewa Murugan tertinggi di dunia terletak di kaki bukit berkenaan mendesak kerajaan Selangor membatalkan projek kondominium itu.

Selain projek tersebut didakwa akan memusnahkan patung itu yang terletak 300 meter daripada tapak pembinaan, turut dikhuatiri ianya akan menutup pandangan kuil tersebut yang kini menjadi salah satu tarikan pelancong seluruh dunia.

Justeru Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman, Datuk R. Nadarajah memberi tempoh selama sebulan kepada kerajaan negeri untuk bertindak.

Xavier yang sebelum itu enggan melayan jawatankuasa berkenaan dalam kenyataan balasnya menggesa agar Nadarajah berhenti memberi kata dua kepada kerajaan negeri.

Malah beliau turut menyifatkan bantahan berkenaan bermotifkan politik kerana projek tersebut telah diluluskan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 di bawah pentabiran kerajaan Barisan Nasional (BN), manakala ahli majlis baru di bawah Pakatan Rakyat hanya mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008. -antarapos

1 das tembakan!:

Anonymous said... October 30, 2012 at 1:05 AM

biar betul sedangkan pilihanraya pada awal bulan Mac 2008. Bermakna BN sudah tidak lagi pegang MPS ataupun Kerajaan negeri.Mana mungkin BN luluskan pada 31 Mei 2008 sedangkan BN tidak memegang kerajaan negeri Selangor seawal Mac 2008?

 
Top