TAWAS: @Khalid_Ibrahim Pertikai Laporan Audit Negara!

Ketiadaan statistik yang tepat mengenai jumlah kelahiran di Selangor dijadikan alasan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyangkal Laporan Audit Negara 2011 bahawa hanya 19.4 peratus anak kelahiran Selangor mendaftar untuk menyertai Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak diperkenalkan pada 2008.

Beliau turut menyangkal perangkaan yang dikemukakan dalam laporan audit mengenai jumlah kelahiran di Selangor dari tempoh 2008 sehingga tahun lepas seramai 313,706 orang .


Abdul Khalid berkata pengendali TAWAS iaitu Yayasan Warisan Anak Selangor tidak mempunyai statistik kelahiran yang tepat kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) enggan memberikan statistik tepat mengenai kelahiran yang layak dikategorikan sebagai anak Selangor.

"Oleh itu statistik yang dirujuk oleh laporan audit itu tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana ini termasuk kelahiran anak bukan warga negara atau bukan anak Selangor," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Abdul Khalid juga berkata kerajaan negeri akan menulis surat rayuan kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa supaya proses pertukaran Pegawai Kewangan Negeri Datuk Mohd Ariff Abdul Rahman ke Putrajaya yang berkuatkuasa pada 15 Oktober lepas ditangguhkan.

"Ini kerana kerajaan negeri sedang dalam proses menyiapkan Bajet 2013 yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri pada 19 November depan," katanya. BERNAMA

Comments

Unknown said…
Salam bro. Mohon pautkan blog saya. Saya sudah pautkan blog bro. Tq
http://budakbenteng.blogspot.com/