..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontroversi panas yang mendakwa anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR, berhubung isu kebebasan memilih agama, sebagai titik permulaan kepada anaknya itu untuk belajar mengharungi dunia politik sebenar.


Beliau berkata, dunia politik sebenar bukan mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi serta memerlukan kekuatan.

“Nurul Izzah difitnah dan diserang demi kepentingan politik. Pelbagai kecaman yang dia terima termasuk ada yang mahu dia ditangkap tanpa perkara itu disiasat terlebih dahulu,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada program sembang rakyat sempena Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat yang singgah di Pekan Kerteh, dekat sini, petang ini.

Menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadikan kontroversi itu untuk menyerang Nurul Izzah sedangkan kenyataan sebenar yang dikeluarkan telah dimanipulasi kerana tiada isu besar untuk dibangkitkan.

Malah, kata Anwar, beliau sendiri juga sudah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini termasuk kononnya beliau menyokong fahaman pluralisme. -SH

0 das tembakan!:

 
Top